Puaka Bilik Darjah

Puaka Bilik Darjah

ISBN:

978-967-369-495-2

Categories:

Teen Novel
General Novel

File Size

0.43 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

“Aku tak nak rancangan kita gagal. Kau dah dapatkan patung dari dalam makmal dan pati sirap?” “Dah, beres.” Zahid menunjukkan segala barang yang Azali inginkan itu. Dia mengambil patung itu dari makmal sains secara curi-curi. Patung tersebut ditanggalkan kepalanya dan dipakaikan dengan baju putih. Siap disapu dengan warna merah pada bahu dan leher patung tersebut. “Bagus… bagus… macam inilah anak murid aku.” Azali menepuk-nepuk bahu Zahid. “Buatnya hantu tu muncul betul-betul macam mana?” Jalil mencelah. “Kau pernah nampak?” Azali menyoal. “Habis yang kecoh budak-budak aspuri buat study group nampak hantu dalam kelas kau orang tu?” tanya Jalil. Azali cuma ketawa…. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.