Transformasi dan Pendidikan Luar Bandar

Transformasi dan Pendidikan Luar Bandar

RM 12.00

ISBN:

9789672166306

Categories:

General Academics

File Size

18.47 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Favorite (6)

Synopsis

Memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan satu agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan di Malaysia. Keprihatinan terhadap kemunduran pendidikan di kawasan luar bandar mendorong kepada penyelidikan dan penulisan yang bermatlamat untuk mentransformasikan pembelajaran di luar bandar dengan fokus bukan sahaja kepada murid, malah komuniti setempat serta guru. Maka, bagi membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman sama ada dalam bentuk hasil penyelidikan atau kertas konsep, karya suntingan berjudul Transformasi Pendidikan dan Komuniti Luar Bandar ini menghimpunkan sembilan bab yang membincangkan tentang peranan dan strategi yang digunakan oleh pelbagai pihak dalam usaha memperkasakan pendidikan luar bandar. Buku ini boleh dimanfaatkan sebagai sumber rujukan kepada mereka yang ingin mengkaji serta mendapatkan pengetahuan lanjut tentang program untuk menambah baik mutu pendidikan luar bandar. Maklumat berkenaan inisiatif program pendidikan luar bandar oleh pengkaji adalah berguna sebagai sumber idea kepada mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar berkaitan dengan pembangunan pendidikan luar bandar. Buku ini juga relevan sebagai bacaan umum dan rujukan tambahan yang memperkayakan ilmu pembaca tentang pendidikan luar bandar.