Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia

Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia

RM 14.00

ISBN:

978-967-15442-0-4

Categories:

Law
Islam

File Size

1.64 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Favorite (1)

Synopsis

Buku ini memberikan pengetahuan yang berguna tentang pengurusan dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia. Ia menghuraikan tentang pengurusan harta pusaka orang Islam dari aspek perundangan negara. Dengan memahami aspek undang-undang ini, secara tidak langsung para pembaca dapat memahami tentang peranan institusi-institusi yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka umat Islam seperti mahkamah syariah, mahkamah tinggi, unit pembahagian pusaka kecil, Amanah Raya Berhad, dan syarikat pemegang amanah yang terdapat di negara kita. Buku ini juga memberi penerangan asas tentang ilmu faraid, iaitu ilmu pembahagian harta pusaka dalam Islam. Beberapa contoh pengiraan faraid, dan isu perbezaan pandangan ulama’ tentang kaedah pengiraan faraid juga dibincangkan. Beberapa persolan fekah berkaitan harta pusaka seperti isu waris hilang, penama, janin dalam kandungan, kematian serentak, dan anak luar nikah juga ada dihidangkan untuk pemahaman pembaca. Buku ini sememangnya sesuai untuk tatapan pembaca setiap lapisan sama ada orang awam, pengamal undang-undang, dan para ahli akademik.