Berlawan Dengan Syaitan

Berlawan Dengan Syaitan

RM 8.34

ISBN:

6610000093991

Categories:

General Novel

File Size

0.00 MB

Format

epub

Language

may

Release Year

2018
Favorite (0)

Synopsis

“Berkawan dengan syaitan” merupakan karya sulung saya dalam genre seram/misteri yang berkisar kepada watak utama Shah Iskandar yang mempunyai kepandaian dan ilmu dalam bidang paranormal yang sering kali disebut oleh masyarakat berkaitan dengan kejadian-kejadian aneh dan luarbiasa yang berlaku di dalam masyarakat itu sendiri.

Syaitan dan Jin merupakan musuh utama manusia di dunia kerana kebinasaan dan kehancuran yang mereka wujudkan dalam masyarakat secara amnya.

Ada sesetengah manusia tidak dapat menerima kebahagian manusia lain dan manusia jenis ini sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsunya dan mendapatkan bantuan makhluk selain dari Allah untuk menjayakan niatnya.

Watak Alisha dalam cerita ini merupakan anak buah kepada Shah Iskandar yang di ancam nyawa dan diganggu gugat kebahagiaannya oleh watak Azim anak Dato’ Ramli yang tidak berperikemanusian dan berkawan dengan syaitan.

Manakala watak Hakim merupakan musuh ketat Shah Iskandar dalam cerita ini dimana beliau sanggup mendapatkan bantuan syaitan demi membantu beliau mencapai cita-cita iaitu memusnahkan kehidupan Shah Iskandar.

Watak Dato’ Ramli iaitu ayah kepada Azim merupakan lelaki yang pernah menodai kesucian watak ibu Alisha iaitu Ida pada zaman remajanya di salah sebuah Universiti awam di Malaysia. Dato’ Ramli masih menaruh perasaan terhadap Ida walaupun beliau sendiri sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tunggal bernama Azim.

Watak Adam merupakan lelaki yang menaruh cinta terhadap watak Alisha tanpa disedari oleh wanita itu. Namun diwaktu yang sama watak Azim juga masih menaruh perasaan untuk memiliki Alisha semula.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Adakah keadilan akan terbela? Adakah dendam akan bermaharalela? Adakah cinta akan menyelamatkan mereka? Anda harus membacanya sehingga tamat untuk mengetahui kesudahannya. Selamat terhibur!