Lelaki Langit Bumi by Girang Fashali
Synopsis
Reviews
LLB merupakan novel cinta yang sangat menarik dan memikat hati.. Disampaikan penulis dengan penuh perasaan.. Membaca novel ini Sha ikut memahami apa yang dirasakan oleh Diha.. Sha memang jatuh cinta habislah dengan watak Diha ini.. Ceritanya bermain dengan perasaan, sama ada sedih, gembira mahupun marah.. Kesemuanya berjaya disampaikan oleh penulis dengan cemerlang.. Cerita ini melibatkan dua negara, Malaysia dan Indonesia.. Satu pengalaman yang menyeronokkan..
3 sebab utama saya suka sangat ‘Lelaki Langit Bumi’: 1. Watak-watak sangat ‘hidup’. Saya dapat menyelami keperihan Ariyyan dan kekuatan Diha. Watak-watak lain juga kuat dan mempunyai karakter masing-masing yang mendukung jalan cerita. 2. Saya bukan peminat cerita Indonesia/sinetron tetapi penggunaan bahasa Indonesia yang sederhana oleh penulis menjadikan karya ini lebih menarik. Komunikasi 2 bahasa antara Ariyyan dan Diha nampak manis dan intim. 3. Susunan cerita yang ‘superb’. Kita akan berteka-teki, tertanya-tanya siapa ‘Lelaki Langi Bumi’ dan mengapa.... semuanya dileraikan dengan kemas oleh penulis ibarat kepingan jigsaw puzzle yang lengkap. Secara keseluruhannya, karya penuh perasaaan sangat berbaloi untuk dibaca. Penulis berjaya membuat kita terbuai dengan gaya penulisan tersendiri tanpa ‘babak terlampau manis’ atau bahasa yang berlebih-lebihan. Saya juga belajar banyak perkara baru.
This story should be made into a real life movie. Great character & plot...
Novel panjang ini bukan sekadar kisah cinta antara seorang gadis biasa dengan seorang ternama yang sesuai dengan kehendak peminat genre ini. Ia mengandungi berpuluh permata tersembunyi, seperti resipi yang boleh anda cuba semasa atau setelah habis membaca. Saya paling suka dengan kosa kata yang digunakan. Paling seronok mempelajari terjemahan untuk perkataan Bahasa Indonesia yang digunakan.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.