Lelaki Antagonis by Adnil Zaff

Lelaki Antagonis by Adnil Zaff from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Adnil Zaff
Category: General Novel
ISBN: 9789670870694
File Size: 1.02 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Sindrom Stockholm! Sesuatu yang tidak pernah diangankan oleh Amalina. Dia telah diculik oleh seorang mafia bernama Tajul Gazi. Bukanlah wang tebusan yang dihendakkan oleh lelaki itu. Sebaliknya, Tajul mahukan anak. Eh! Ada ke wanita yang mahu melahirkan anak kepada penjahat seperti Tajul? Amalina pada mulanya takut akan lelaki itu. Riak wajahnya bengis dan lelaki itu memang kaku. Tetapi setelah beberapa minggu ditawan Tajul, Amalina sendiri yang sudi dinikahi lelaki itu. Keputusannya menimbulkan rasa tidak senang kepada ibunya. Namun tiada siapa dapat menolak kehendak lelaki seperti Tajul. “Saya nak culik anak pak cik jadi hak saya. Saya nak dia kenal saya. Saya nak kahwin dengan anak pak cik. Dan saya nak Amalina lahirkan anak saya. Pak cik setuju ke tidak? Cakap terus terang.” -Tajul Aneh! Mengapa Amalina mahu lelaki persis itu? Lelaki hati kering itu ada istimewanya kepada Amalina. Hanya orang tertentu mengenali keperibadian Tajul. “Aku tahu kau baik, Taj. Aku tak peduli kalau semua orang kata kau jahat.” Amalina “Selagi aku ada... aku akan jaga kau baik-baik, Amal.” Tajul Tetapi siapakah Tajul ini sebenarnya? Semudah apa hidup Amalina setelah bersuamikan lelaki antagonis ini? Tidak mudah! Cubaan, hidup mereka bermain dengan bahaya. Terpisah jauh setelah Tajul terperangkap dalam permainan bahayanya. Tetapi lelaki seperti dia, berpantang maut sebelum ajal. Demi Izara dan Amalina yang dikasihinya dia berusaha untuk terus hidup. Dunia kotor itu mahu dijauhkan. Mampukah Tajul dan Amalina hidup seperti orang lain?

Reviews

Super Best
by anafati on November 07, 2020

Kalau ada 10 bintang mmg aku dh kasi dh!

Write your review

Recommended