Punah by Alya Husna

Punah by Alya Husna from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Punah
Author: Alya Husna
Category: General Novel
ISBN: 9789671860106
File Size: 0.19 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Tujuh tahun menyulam cinta sebelum akad akhirnya dilafazkan belum tentu menjamin bahagia. Cinta yang diharap makin berbuah ranum, namun yang tinggal hanyalah debu-debu harapan. Benarlah kata orang. Selama mana pun menyulam cinta, belum tentu kita kenal dengan pasangan sendiri. Eryn Salsabila, baginya perkahwinan hanya sekadar penyatuan dua hati yang saling mencintai. Tidak lebih dari itu. Kerjaya diagungkan. Kebebasan diri didahulukan. Tanggungjawab pada suami dan anak diabaikan. Bagi Hail Luthfi, apa guna sebuah perkahwinan andai hanya seorang yang berusaha? Hail Luthfi cuba mempertahankan sabar yang makin rapuh hari demi hari. Satu persatu tindakan Eryn Salsabila menguji benteng sabarnya. Sehinggalah satu kejadian terjadi. Kesabaran Hail Luthfi benar-benar sudah sampai ke penghujung. "Tolonglah Eryn. Eryn bukan bujang macam dulu lagi. Eryn ada anak, ada suami. Jangan ingat Eryn ada kerja bagus, Eryn boleh buat semuanya sendiri. Eryn ingat Eryn boleh hidup sendiri ke, hah?" "Memang Eryn boleh hidup sendiri! Itu lebih senang daripada hidup dengan abang. Semua benda tak kena pada mata abang!" Mampukah ikatan atas dasar cinta ini terus dipertahankan andai hanya seorang yang berjuang? Sanggupkah Hail Luthfi untuk melepaskan bila hanya nama Eryn yang terukir dalam hatinya sejak dulu? Tegakah Eryn Salsabila membiarkan segalanya punah dimamah sikap pentingkan diri?

Reviews

punah
by Aziana Mat Lazim on October 17, 2020

suka dengan idea yg ditonjolkan..novel yg penuh dengan pengajaran..

Punahhhhhhh air mataku
by Hamimah Nozari on October 17, 2020

Done beli.. n done abis baca.. Gud job Alia Husna Mohd Noor Menusuk tangkai hati Deep oiiii sindiran sindiran halus tu.. buat kita terkenang balik.. isteri yang baikkah aku?

Punah
by Nur natasya umira tuman on October 18, 2020

Penceritaan dan isi yang mudah untuk difahami. Dah habis baik ke kita sebagai seorang anak, isteri dan ibu? ????

Punah by Alya Husna
by anis arifah binti mohd noor on October 18, 2020

Rasa tertusuk hati bila baca. Pada yg nak berkahwin, boleh baca cerita ni sebagai satu panduan, dan yg sudah berkahwin, boleh jadikan cerita ni sebagai satu pedoman dan pengajaran, sejauh mana kita sedar dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorg isteri, ibu dan anak. Very recommended dan selamat membaca!

Best!!!!
by Nur Idayu Alimon on November 28, 2020

Jalan cerita yang menarik dan segar. Peringatan buat kita semua wanita yang bekerja. Good job Kak Lia!

Write your review

Recommended