Tercagarnya Akadku

Tercagarnya Akadku

RM 17.00

ISBN:

e978-967-5289-98-9

Categories:

General Novel

File Size

0.95 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (11)

Synopsis

Kisah bermula Nur Airis Luqman minta sahabatnya, Ellina mencarikannya suami kerana dia disahkan oleh doktor bahawa dia hamil. Ketika itu Airis sudah bercerai dengan Kafil Ikhwan Tan Sri Yahya enam bulan yang lepas dengan talak tiga. Dia diberitahu bahawa anak dalam kandungannya adalah anak Kafil tapi Airis tidak yakin kerana dia tahu bekas suaminya itu sukar untuk memberinya anak. (Sperma cair menyukarkan pasangan dapat anak)

Ketika kejadian, Airis tidak sedarkan diri kerana diberi minum pil khayal oleh Kafil. Kafil mendesak Airis melakukan cina buta, malah dia mengupah Zufar Hannan sebagai lelaki cina buta tanpa Zufar tahu nama bekas isteri Kafil tapi kenal wajahnya melalui foto.

Airis mengelak kerana tidak mungkin baginya untuk berkahwin niat begitu sebab hukumnya haram di sisi Islam lalu dia minta Ellina mencarikan seorang lelaki supaya Kafil berhenti mengganggunya jika dia bergelar isteri orang.

Ellina mengenalkan Zufar Hannan, kawan baik suaminya sebagai bakal suami Airis.

Zufar Hannan bersetuju kerana nama ‘Airis’ pernah didengar daripada mulut adiknya yang sedang nazak, memintanya supaya menolong Airis. Zufar terkejut apabila melihat wajah Airis kerana itu adalah perempuan yang perlu dia kahwini cina buta oleh Kafil.

Zufar tertarik dengan Airis. Walaupun dia tidak pasti mengapa arwah adiknya meminta menolong Airis, dia teruskan plan untuk mengahwini Airis tanpa niat cina buta. Baginya, jika dia tidak berkahwin dengan Airis, mungkin Airis akan dipaksa berkahwin cina buta dengan lelaki lain.

Selepas perkahwinan, Zufar memulangkan cek upah cina buta kepada Kafil. Kafil rasa terhina. Dia berdendam dengan pasangan Airis dan Zufar. Selama seminggu Airis menjadi isteri Zufar, Airis jatuh cinta kerana Zufar mengamalkan ‘lima bahasa cinta’ dalam kehidupan rumah tangga mereka hingga Airis tidak berdaya menolak walaupun sikapnya agak brutal, kasar dan bersahaja. Perasaannya terhibur dan tercuit. Sangat berbeza ketika dia menjadi isteri Kafil yang sentiasa mahu menunjuk baik dirinya di hadapan orang ramai sedangkan ketika bersamanya, Kafil sangat psiko.

Hari ketujuh, Kafil merancang kemalangan terhadap Zufar. Zufar koma. Kafil juga merancang rompakan rambang di rumah Ellina. Ellina meninggal dunia.

Semua kegiatan Kafil sangat licik dan hanya diketahui oleh Airis. Demi menyelamatkan nyawa Zufar, dia tingggalkan Zufar. Kafil gagal mencarinya dan dia berkahwin dengan Mahreen, anak bongsu Datuk Jae.

Selepas perkahwinan Kafil dan Mahreen, Airis muncul dan tinggal berhampiran dengan Datuk Jae di kawasan yang bernama Tanah Yumnaa dan bekerja di syarikat Datuk Jae. Datuk Jae sebenarnya adalah daddy Airis, namun tiada seorang pun tahu bahawa dia adalah anak sulung Datuk Jae kerana Airis tidak suka Datuk Jae. Namun, dia perlu dekat dengan Datuk Jae sebab Kafil masih mencarinya. Airis tahu, Kafil jenis manusia yang sentiasa menjaga air mukanya dan bersikap baik di hadapan orang ramai.

Apabila Airis jadi orang kanan Datuk Jae, Kafil memang sukar mendekatinya kerana syarat Airis untuk bekerja di Majestic (sykt Datuk Jae) adalah dia perlu ada drebar dan bodyguard. Datuk Jae pula setuju tanpa bantahan kerana dia rasa bersalah dengan anak sulungnya itu. Tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah. Dia ikut arus akan perhubungan anak-ayah antaranya dengan Airis. Kekal tiada sesiapa tahu akan hubungan mereka ini.

Selepas empat tahun, drebar merangkap bodyguard Airis berhenti kerja. Datuk Jae mencarikannya seorang bodyguard lain tanpa pengetahuan Airis. Airis terkejut apabila diperkenalkan kepada ‘Han’, drebar dan bodyguard baharunya. Han mirip Zufar.

Cuma dahulu Zufar berambut afro, berjambang dan tidak kemas penampilannya. Kini, gaya rambutnya ala-ala tentera US dan segak.

Han dan Zufar, orang yang sama. Zufar berdendam dengan Airis. Namun, dalam dendamnya rasa cinta membukit. Dalam marahnya, dia tetap ada rasa cemburu terhadap Airis yang diintai oleh Datuk Jae dan Kafil yang masih mengejarnya dalam diam.

Babak-babak tarik tali antara Airis dan Zufar berlaku. Dendam namun sweet apabila cinta Zufar melebihi rasa dendamnya. Airis tercari-cari apakah dia masih isteri Zufar. Setelah sah dia masih isteri Zufar, dia cuba pujuk Zufar namun Zufar keras hati. Biarpun keras hati, Zufar prihatin keperluan Airis. Airis bertambah terharu. Babak-babak sweet dan cinta antara mereka terserlah biarpun diseliti rasa marah dan serba salah antara mereka.

p>Di tanah Yumnaa, ada dua buah banglo, satu didiami oleh keluarga Datuk Jae dan sebuah lagi oleh Airis. Di Tanah Yumnaa juga ada kuarters pekerja yang diduduki oleh Kak Cun dan suaminya dan Zufar. Ayyub menasihati Zufar supaya jangan lihat salah Airis sahaja tapi lihat juga salahnya. Zufar mengalah lalu mahu berbaik dengan Airis.

Terbongkar rahsia mengapa Airis tinggalkan Zufar empat tahun lalu iaitu kerana Kafil mahu membunuh Zufar dan mahu memiliki Airis semula. Hidup mereka masih antara bodyguard – majikan biarpun hubungan mereka sudah pulih kerana tidak mahu Kafil mengesannya. Airis dan Zufar menganyam cinta secara sembunyi-sembunyi. Kafil yang psiko mungkin boleh bertindak seperti dahulu, penuh licik merancang cubaan pembunuhan Zufar dan membunuh Ellina. Maka, Zufar merancang dalam diam untuk perangkap Kafil hingga Kafil mengakui merancang penglibatan kes empat tahun dahulu. Kafil makin berdendam apabila mengetahui bahawa Han adalah Zufar ketika di malam makan malam syarikat. Zufar menemani Airis sebagai pasangan, bukan sebagai bodyguard. Dan Zufar juga dengan bangga dan bongkaknya mengenalkan dirinya sebagai Zufar Hannan. Ketika itu hanya Kafil yang tahu bahawa nama itu adalah milik suami Airis.

Hubungan Airis-Zufar diketahui apabila Datuk Jae marah dan menyangka Zufar cuba menggoda anaknya, Airis. Dia mahu belasah Zufar dan mereka bergaduh. Terbongkar apabila Zufar lebih bertenaga pukul Datuk Jae dan mengutuk kaw-kaw Datuk Jae sebagai lelaki miang, terkutuk di depan Airis. Ketika itu juga, anak-anak Datuk Jae yang lain mengetahui bahawa Airis adalah kakak mereka.

Kafil melampiaskan dendamnya dengan menembak Zufar namun Zufar selamat. Airis menasihati Datuk Jae berkaitan menjaga perasaan keluarga dan anggap daddynya sambil lewa akan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Menyerah bulat-bulat pada isteri-isteri terutama kes Saila dan Mahreen. Airis dan Zufar bahagia. Datuk Jae juga bahagia dengan tiga isterinya.