Tunggu Sekejap.. dalam Coretan Warisan

Tunggu Sekejap.. dalam Coretan Warisan

RM 24.00

ISBN:

978-967-412-879-1

Categories:

Classics

File Size

10.09 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (7)

Synopsis

Buku ini sekadar himpunan beberapa tulisan yang terbit dalam Ruang Sastera Tradisional Dewan Sastera selama empat tahun sejak 2014-2017 selain kertas kerja yang dibentang di dalam dan di luar negeri dalam tempoh tahun yang sama. Dengan adanya kompilasi ini, diharap khalayak dapat menjengah sebentar untuk melihat daya fikir manusia Melayu dan Jawa. Judul ‘Tunggu Sekejap’ bukanlah lagu yang terdapat dalam filem Sarjan Hassan yang memohon kekasih hati agar bersabar untuk bertemu kerana hujan masih turun, tetapi judul ini dipilih untuk meminta khalayak berhenti sejenak menjengah apa yang terkandung dalam tulisan yang dijadikan bab dalam buku ini. Kadangkala, bab yang disuguh agak tipis kerana memenuhi ruang kolum Dewan Sastera yang telah disediakan. Justeru, penulis sekadar memberi bingkai dan tidak mengisi secara menyeluruh dan tuntas dengan harapan khalayak dapat menikmatinya secara santai.