MEMBINA KERJAYA AKADEMIA

MEMBINA KERJAYA AKADEMIA

RM 24.00

ISBN:

9789673636457

Categories:

Motivation
General Academics
Business & Management

File Size

39.26 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (1)

Synopsis

Kerjaya akademia merupakan salah satu kerjaya yang dinamik, menarik dan memberikan kepuasan kepada para ahli akademik. Namun begitu, pelbagai transformasi telah berlaku dalam bidang pengajian tinggi di peringkat nasional dan global yang melibatkan penawaran program pascasiswazah dan penyelidikan, keperluan akreditasi, jaminan kualiti, e-pembelajaran, pembelajaran sepanjang hayat, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kepimpinan negara juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa di rantau Asia Tenggara. esemua ini memberikan impak besar dalam kerjaya sebagai ahli akademik. Justeru, kerjaya ini memerlukan keterampilan staf akademik yang berperanan sebagai pakar bidang, pendidik, penyelidik, pengurus dan pemimpin pada waktu yang sama. Sehubungan itu, staf akademik perlu mengambil pendekatan strategik terhadap kerjaya akademia mereka. Pada masa yang sama, organisasi juga wajar merancang pembangunan kerjaya untuk kepentingan dan pembangunan staf. Namun realitinya, ramai dalam kalangan staf akademik tidak betul-betul merancang laluan kerjaya mereka. Akibatnya, mereka sering terlepas peluang untuk maju kepada tahap yang lebih tinggi dalam laluan kerjaya ini. Dalam konteks tersebut, penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pensyarah muda dalam merancang laluan kerjaya masing-masing dan mengurusnya dengan lebih bijak dan strategik melalui petunjuk umum dan panduan yang diketengahkan oleh buku ini. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan yang bermanfaat kepada para graduan, bakal pensyarah, dan pensyarah universiti yang sedang membina kerjaya mereka sebagai ahli akademik.