Corat-Coret UTM

Corat-Coret UTM

RM 34.00

ISBN:

978-983-52-1156-0

Categories:

Art & Graphics

File Size

33.96 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (15)

Synopsis

Bagi kami, UTM lebih dari apa yang kalian tahu melalui media rasmi universiti ini. UTM lebih dari sebuah universiti. Kampus UTM sama ada di Jalan Gurney (Jalan Sultan Yahaya Petra) atau di Skudai (Johor Bahru), merupakan suatu tempat yang penuh makna. Dari Dewan Besar UTM Jalan Gurney, dewan kuliah, masjid, bilik asrama, sehinggalah Warung Beringin yang mungkin asing bagi kalian merupakan warna-warni yang melakar sejarah kehidupan kami. Warung ini sudah tidak wujud lagi tetapi nasi goreng istimewanya dalam suasana larut malamnya masih terasa dalam mengimbau zaman muda kami. Begitu juga di Skudai, Masjid Sultan Ismail yang berdiri gagah merupakan ikon yang menggamit kehadiran kami buat pertama kalinya. Dia jugalah yang terakhir mengucapkan selamat tinggal sewaktu kami meninggalkan UTM setelah tamat pengajian. Keindahan kampus yang dilihat dari celah-celah daunan dan pepohon di Taman Tropika turut diserikan dengan tasik jernih yang menyejukkan pandangan mata. Jelas kelihatan diseberang tasik burung-burung bangau berdiri sebelah kaki seakan patung buatan menghidupkan lagi suasana yang memang aman damai. Sesekali sang ikan menyambar melepasi paras air mencuri perhatian pengunjung. Kesemuanya ini adalah suasana yang melingkari perit jerih kami menuntut ilmu. Dewan kuliah, perpustakaan, makmal, studio, lapangan kerja adalah teman sejati yang tidak dapat dipisahkan. Pensyarah, abang-abang dan kakak-kakak yang menguruskan hal akademik kami, wajah mereka terpahat dalam ingatan kami. Kami seolah-olah satu keluarga yang berkongsi debaran jantung, cemas, bimbang, gembira, air mata yang datang silih berganti, yang merupakan rentak hidup kami dalam meniti jambatan ilmu, demi cita-cita murni. Di akhir perjuangan ilmu kami di sini, semuanya menjadi sketsa indah yang pasti tidak akan dilupa sehingga akhir hayat kami. UTM, lebih dari sebuah universiti. Ianya tempat bernaung, di mana kehidupan dewasa kami bermula.