Sejarah Perjuangan SPRM: Satu Perjalanan

Sejarah Perjuangan SPRM: Satu Perjalanan

RM 56.00

ISBN:

978-983-100-954-3

Categories:

General Academics
History

File Size

66.42 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (8)

Synopsis

Apakah peranan, sumbangan dan pencapaian SPRM untuk tempoh 50 tahun dari 1967-2017? Bagaimana kronologi peruntukan undang-undang berkaitan jenayah rasuah? Bilakah titik tolak kepada penubuhan organisasi pencegahan rasuah? Dalam konteks tiga persoalan inilah buku ini memiliki kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. Buku ini merupakan penulisan pertama berkaitan dengan sejarah undang-undang jenayah rasuah dan pencapaian institusi pencegahan rasuah di Malaysia merentas zaman. Penubuhan Unit Jenayah Khas dan Unit Pencegahan Rasuah pada tahun 1959 perlu diambil kira sebagai titik tolak ke arah penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1967 apabila kedua-dua unit sedia ada ini digabungkan menjadi satu institusi bertaraf sebuah jabatan penuh dan terpisah sepenuhnya daripada pasukan Polis Diraja Malaysia. Selepas melalui beberapa perubahan, pada tahun 2009, BPR telah bertukar kepada sebuah suruhanjaya, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam tempoh 50 tahun penubuhannya, SPRM telah memberi sumbangan yang sangat bererti di peringkat nasional dan antarabangsa dalam memperkasakan kesedaran masyarakat untuk tidak terbabit dengan jenayah rasuah. Buku ini adalah rujukan penting dan autentik untuk mengetahui sejarah dan pencapaian SPRM membanteras jenayah rasuah di Malaysia.