Islām dan Sekularisme

Islām dan Sekularisme

RM 60.00

ISBN:

978-967-14718-7-6

Categories:

General Academics
Religion
Islam

File Size

41.68 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (42)

Synopsis

Islām dan Sekularisme, karya Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kullī, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincangkan dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islām. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah bila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategis untuk mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islām sedunia. Pengarang mengawali karya ini dengan menerangkan dengan ringkas tetapi tepat dan padat mengenai latar belakang perkembangan kebudayaan dan pemikiran Kristian Barat masa kini khususnya mengenai ketuhanan dan disusuli dengan penerangan cukup berma‘na tentang semangat pandangan alam sekular dan perbezaannya dengan Islām. Kemudian beliau mengutarakan satu penjelasan yang luar biasa tentang ma‘na Islām sebagai sebuah “dīn”, asas Akhlak dan pembangunan kemasyarakatan dengan mengaitkannya dengan perkara-perkara penting seperti kedudukan Nabi Muḥammad, ilmu, perubahan (change), kemajuan (progress) dan pembangunan (development). Bab yang telah menyumbang besar kepada revolusi pemikiran dan perkembangan institusi pendidikan tinggi umat Islām sejak pertengahan tahun 1970an terkandung dalam bab kelima: iaitu tentang ilmu yang bersifat tidak neutral, bahawa ilmu-ilmu masa kini telah diserapi oleh unsur-unsur pandangan alam Barat sekular, bahawa umat Islām mesti membina Universiti Islām yang menggarap semula gagasan agung farḍu ʿayn-farḍu kifāyah secara dinamik dan kreatif, dan melakukan daya usaha Islamisasi ilmu-ilmu pengetahuan masa kini melalui penafipembaratan (dewesternization).