Till Jannah by Theya Nur

Till Jannah by Theya Nur from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Till Jannah
Author: Theya Nur
Category: General Novel
ISBN: 9789670870359
File Size: 1.02 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Perkahwinannya di luar negara dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Atas sebab tertentu, Tengku Ashraf Furqan terpaksa kembali ke Malaysia selepas bertahun menyepi bersama anaknya, Farisya. Kepulangannya dua beranak mengundang kemarahan seluruh ahli keluarga Tengku Ali Saifuddin. Demi memulihkan nama keluarga di mata masyarakat, Ashraf diberi kata dua, kahwin atau Farisya akan dihantar ke rumah kebajikan. Kerana tidak mahu kehilangan Farisya, Ashraf memilih untuk berkahwin. Takdir telah mempertemukan Ashraf dengan Quraisya pada waktu yang tepat. Dan takdir juga menjodohkan mereka menjadi suami isteri apabila Farisya memilih Quraisya sebagai mama barunya. “Now I know kenapa Risya betul-betul suka you. She can see your heart, Quraisya. I harap, you boleh sayang dia macam anak you sendiri.” – Tengku Ashraf Furqan “You’re an amazing man. Sanggup berkorban demi anak. 7 tahun awak besarkan Risya seorang diri. Saya tahu tak mudah. Walaupun saya tak pasti hubungan sebenar awak dengan Risya, tapi saya pasti Risya bukan seperti yang disangka.” – Quraisya Selepas dibuang keluarga, rumahtangga mereka baik-baik sahaja. Namun, segalanya berubah apabila Quraisya cuba menjalin kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus. Kehadiran Tengku Adrian menagih kemaafan dan kemunculan Ustaz Safwan menagih cinta yang tidak kesampaian memburukkan keadaan. Terbongkar pula kisah silam Quraisya menggoyahkan kekuatan mahligai cinta mereka. “Everything is over. Farisya dah pergi.” – Tengku Ashraf Furqan “Abang, saya minta maaf. Saya yang salah. Saya tak jaga Risya baik-baik.” – Quraisya “I’m glad to hear that. And now, what you can do? Nothing.” – Tengku Ashraf Furqan Apabila semua kesalahan dituding kepada Quraisya seorang, mampukah Quraisya bertahan? Kuatkah mahligai cinta yang asalnya terbina kerana Farisya selepas anak kecil itu dibawa pergi? Dapatkah kisah kasih sayang mereka sekeluarga bertahan hingga ke jannah?

Reviews

Write your review

Recommended