WANITA DAN PERJUANGAN

WANITA DAN PERJUANGAN

RM 30.00

ISBN:

978-967-2975-59-5

Categories:

General Academics
History

File Size

31.84 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (2)

Synopsis

Buku Wanita & Perjuangan merupakan himpunan artikel yang membicarakan tentang peranan dan perjuangan kaum wanita dalam pelbagai aspek kehidupan. Merangkumi peranan dan sumbangan terhadap perjuangan nasionalisme Melayu dalam era perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu, penglibatan dalam proses penghijrahan dan pekerjaan, penglibatan wanita dalam aspek ekonomi dan penglibatan kaum wanita dalam urusan agama. Ungkapan kata-kata, “Tangan yang mendodoi buaian mampu menggoncang dunia”, mengaitkan peranan wanita tidak kurang pentingnya dalam mencorakkan sejarah dunia. Wanita merupakan serikandi dalam perjuangan. Walaupun pada awalnya masyarakat Melayu tradisi hanya melihat kaum wanita sebagai penyeri rumah dan penjaga keluarga sahaja. Tetapi perkembangan politik selepas Perang Dunia Kedua mengubah pandangan tersebut. Perjuangan memartabatkan kaum wanita mula berkumandang di seluruh dunia dengan tema perjuangan emansipasi wanita. Luahan ini dilakukan melalui pelbagai saluran seperti penulisan sastera iaitu puisi dan novel. Malah melalui pelbagai pertubuhan sosial, pendidikan dan juga politik. Impak perjuangan untuk memartabatkan kaum wanita turut dirasai di Tanah Melayu. Lantaran itu, buku ini ingin mengajak para pembaca agar dapat mengetahui dan memahami peranan, sumbangan dan pengorbanan yang telah kaum wanita lalui. Semoga dengan kelahiran buku ini nanti kaum wanita turut diiktiraf peranan, sumbangan dan pengorbanannya setaraf dengan kaum lelaki dalam pelbagai aspek kehidupan. Penglibatan kaum wanita ceburi seperti perjuangan nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan serta penglibatan mereka dalam proses penghijrahan untuk mengangkat taraf ekonomi kaum mereka sendiri. Tidak lupa juga mereka ini turut berperanan dalam urusan keagamaan khususnya dalam institusi haji di Tanah Melayu. Akhir kata penulis mengharapkan buku yang mengandungi himpunan artikel ini dapat menjadi pemangkin kepada mereka yang berminat untuk membuat kajian yang lebih mendalam terhadap peranan kaum wanita. Usaha ini harus disambut oleh mereka yang berminat untuk mendalami kajian tentang gender di Tanah Melayu.