Pada Janjimu Ku Terikat

Pada Janjimu Ku Terikat

RM 19.00

ISBN:

9789672918202

Categories:

General Novel
Romance

File Size

9.51 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (0)

Synopsis

“Ingat apa saya cakap?” “Apa?” Fazira kerut kening. “Jarak tu tak penting. Apa yang penting, hati kita,” tenang Zafirul membalas. “Tapi kemungkinan untuk tersuka kat orang lain tu tetap ada, kan,” balas Fazira pula. Perkataan ‘ter’ itu ditekan dalam-dalam. Zafirul menggeleng sambil ketawa kecil. “Insya-Allah, tak.” FAZIRA... hari demi hari dia menunggu. Saat demi saat dia teringatkan kenangannya bersama Zafirul. Dia penat, dia hilang arah dan dia terpaksa akur. Kerana dirinya dilupakan, lantas dia menerima cinta yang dihulurkan Daris. Dari perkenalan biasa, berubah menjadi kawan dan akhirnya terikat janji cinta mati. ZAFIRUL IRSYAD... janjinya janji pasti. Perginya demi cita-cita dan kehilangannya demi cinta. Bertahun Zafirul pergi dan akhirnya dia kembali. Datangnya bukan kerana simpati tapi menuntut sebuah janji. “Firul...” “It would be a lot more nicer if you call me... sayang?” “Saya tak cakap pun sayang awak.” “Oh, tak eh?” Zafirul buat muka. “Okay, what about... baby?” “You are obviously not a baby,” tingkah Fazira tidak setuju. “Abang?” Zafirul masih mencuba nasib. “Awak bukan abang saya.” “Oh lupa, sayakan suami awak,” sempat lagi Zafirul dapat akal nak mengusik. “Bo? “Macam lembu je bunyinya.” Zafirul ketawa. “Awak ni, orang susah-susah buat nama panggilan sedap-sedap, awak samakan dengan lembu,” bebelnya. Fazira tersenyum lucu. DAN kerana janji itu, Fazira terikat dengan Zafirul walaupun hakikat hatinya tidak merelakan. Dia benci dan dia terpaksa. Bagaimanakah pengakhiran hubungan Fazira dan Zafirul? Mampukah mereka mencipta bahagia?