JAMPI CINTA BUAT DATO F

JAMPI CINTA BUAT DATO F

RM 23.00

ISBN:

9789672035541

Categories:

General Novel

File Size

1.37 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (14)

Synopsis

Demi menyelamatkan nyawa insan yang paling disayanginya, Anggerik bersetuju untuk dinikahkan dengan Dato’ Firdee Arhan. Seorang pemuda yang ego dengan cintanya. “Awak boleh jadi isteri saya, tapi awak takkan dapat cinta saya.” ~ FIRDEE “Mahal sangat ke cinta Dato’ tu? Tak layak untuk perempuan miskin macam saya ni?” ~ ANGGERIK Sikap dingin beku pemuda itu memaksa Anggerik untuk menjadi seorang penggoda yang nakal demi untuk memikat hati si suami yang mula bertapak dalam hatinya itu. “Awak memang sengaja nak goda saya, kan?” ~ FIRDEE “Abang tergoda ke?” ~ ANGGERIK Godaan yang diterima buat Firdee tersungkur berkali-kali. Lemas dengan kenakalan Anggerik yang semakin menjadi-jadi. Di saat dia bersedia untuk menyerahkan cintanya kepada Anggerik, kebenaran muncul menghancurkan semuanya. Menghapuskan segala yang indah di antara mereka. “Awak dah hancurkan hati saya dengan begitu lumat sekali. Awak dah buktikan kepada saya... yang awak memang tak layak untuk memiliki cinta saya.” ~ FIRDEE “Anggerik akan pergi. Tapi percayalah... semua yang Anggerik dah curahkan untuk abang, tiada satu pun yang palsu.” ~ ANGGERIK Hanya kerana dendam dan busuk hati orang lain, tegakah Firdee untuk melepaskan insan yang pernah bergelar ratu di hatinya itu? Permaisuri di Vila Cinta Agung itu?