Pusaka Yang Terpinggir: Pengusaha Kelapa Yang Berjaya

Pusaka Yang Terpinggir: Pengusaha Kelapa Yang Berjaya

RM 24.90

ISBN:

978-967-15409-8-5

Categories:

General Academics
Business & Management
Science

File Size

93.85 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (0)

Synopsis

Inspirasi buku “Pusaka Yang Terpinggir” didapati selepas analisis yang mendalam dijalankan dalam bidang pertanian. Terdapat banyak buku di pasaran termasuk fertigasi, akuaponik, hidroponik dan sebagainya. Namun, tidak ada buku yang dikaryakan dalam bidang penanaman kelapa. Oleh itu, kami mengambil inisiatif ini untuk menulis buku ini supaya ilmu berkenaan dengan kelapa dan industri kelapa dapat didokumentasikan secara sistematik. 

Buku ini dimulakan dengan pengenalan kepada kelapa. Buku ini ditulis dengan bahasa mudah dan penuh dengan ilustrasi supaya pembaca boleh melihat sendiri tentang apa yang dimaksudkan oleh kami. Selain itu, buku ini juga menumpukan perhatian kepada sesiapa yang belum menceburi industri kelapa dan tidak mempunyai sebarang maklumat dan pengetahuan terhadap kelapa. Oleh itu, bab pertama iaitu kenali kelapa merupakan bab asas yang memberikan maklumat lengkap berkenaan dengan jenis kelapa dan industri kelapa.