THE LUNATIC MAFIA

THE LUNATIC MAFIA

ISBN:

9789671974711

Categories:

General Novel
Romance
True Crime

File Size

1.25 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (1)

Synopsis

Kayden Arata. Dia adalah syaitan, pembunuh kejam, dan seorang mafia yang tidak pernah mempunyai peri kemanusiaan. Jiwanya sudah lama mati dengan titik-titik hitam. Tangannya tak pernah lelah meragut nyawa manusia tanpa mengira siapa mangsanya. Darah juga telah menjadi kegemarannya tiapkali nyawa manusia direntap tanpa belas. Erangan dan lolongan manusia meminta pertolongan bagaikan melodi indah menerobos ke dalam ruang corong telinganya. Semakin mangsa menangis, semakin jiwanya terlonjak riang dan ghairah mahu segera menamatkan riwayat mereka. Dia... psikopat yang sangat gila! 

 

Bummm! Kerana satu kemalangan, manusia berhati syaitan itu telah menemui seorang gadis montel bernama Melati Akasia. Bersama gadis itu, dia terkadang berubah laku daripada kebiasaan. Gurau senda juga sering bermain di bibirnya kerana hati telah ditebuk keriangan melihat tingkah laku Melati yang mencuit hati. Kerana itu, dia berhasrat hendak menjadikan Melati hak milik mutlaknya. 

 

"Aku tak benarkan kau balik. Aku nak kau jadi hamba aku." - Kayden

 

"Hamba? Ingat ni zaman kuno ke ada hamba?" - Melati

 

Melati Akasia, seorang gadis muda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dan tinggal bersama mak ciknya. Dia terpaksa menumpang kasih di rumah orang dan dilayan seperti orang gaji. Namun begitu, dia tidak pernah merungut kerana dia bersyukur masih ada tempat berteduh. Kehidupannya normal sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan lelaki mafia yang sangat gila. Perangai lelaki itu sering membuatkan dia turut hilang kewarasan. Kekejaman lelaki bernama Kayden itu adalah kekejaman pertama yang pernah dilihat. Pembunuhan pertama telah disaksikan depan matanya sehinggakan dia menjadi trauma. 

 

"Sayang... mari sini dekat dengan aku, kita buat sama-sama. Aku ajar kau ilmu baru. Ilmu melakar lukisan... Dan, ilmu minum air merah...  Nak tak, sayang?" - Kayden

 

"K... Kayden, s... saya tak nak... Tolong jangan paksa saya." - Melati

 

Kegilaan Kayden tidak terhenti di situ, selagi Melati tidak dapat dimiliki, dia akan lakukan apa sahaja walaupun dengan cara membunuh. Dia juga akan menghancurkan sesiapa sahaja yang berani membuat Melati menderita. Dia bernekad sebegitu hanya kerana Melati merupakan gadis pertama yang telah berjaya menjadikan dia obses separuh gila seperti ini. Dia tidak tahu ini adalah cinta mahupun permainan jiwa, namun dia berkeras hendak mengejar Melati sehingga ke hujung dunia. Melati pasti berada dalam genggamannya meskipun nyawanya jadi taruhan! Dapatkah kehendak bertunjangkan nafsu itu terlaksana? Ataupun Melati berjaya membebaskan diri daripada cengkaman  mafia berjiwa syaitan itu?

 

"Cam tak muka aku? Let me introduce myself, aku Hayden Ryuzaki... Your big brother. Well... I'm still alive." - Hayden