Seandainya Cinta

Seandainya Cinta

RM 25.00

ISBN:

978-967-17592-1-9

Categories:

General Novel
Romance

File Size

2.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (2)

Synopsis

Selepas kematian ayahnya dalam sebuah kes khianat yang melibatkan kebakaran kilang keluarganya, Amsyar tekad untuk mengheret si pelaku sehingga ke muka pengadilan. Dendam dan amarah yang membara di hati saban hari menjadi peneman hidupnya. "kalau orang itu telah musnahkan keluarga aku, seluruh keturunannya aku benci" – Amsyar. Namun begitu dirinya diuji dengan kehadiran seorang gadis yang dipercayai cucu kepada pembunuh ayahnya datang bekerja di hotelnya. Aliya seorang gadis kampung yang naif tanpa sedar sedang mencari rezeki di tempat yang salah. Akibat hilang mata pencarian, dia terpaksa menangguhkan pengajian dalam jurusan perubatan demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Tindakan berani mati Aliya itu mengundang kesakitan bengkak di hati Amsyar. Namun sesuatu tidak dijangka terjadi.

"Aliya please, jangan tinggalkan saya" - Amsyar

"Cukup sampai di sini perjalanan cerita kita. Lupakan saya. Saya penat menagih semua janji yang pernah awak taburkan. Sudah tiba masanya saya melabuhkan tirai kisah derita ini" - Aliya

Namun setinggi mana pun egonya melangit, sehebat mana pun dendam yang terbuku di hatinya, dia tiada daya melawan takdir yang tertulis setelah semua itu tenggelam di lautan cinta dari seorang gadis bernama Aliya. Di manakah silapnya? apakah Aliya akan menerima jejaka itu setelah kata-kata hinaan dan kejian pernah dilemparkan kepadanya suatu ketika dahulu.