Heart Shooter

Heart Shooter

RM 13.00

ISBN:

978-967-25623-0-6

Categories:

General Novel
Romance

File Size

0.87 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (1)

Synopsis

Kali pertama jatuh cinta, Amsyar tidak segan silu untuk mendapatkan perhatian si gadis. Si jejaka popular ini berasa tercabar apabila dia tidak diendahkan.

“Hey, don’t ignore me please!” – Amsyar

“Who you are by the way?” – Akira

Apabila mereka mengetahui identiti masing-masing, Akira terasa sedikit janggal untuk berhadapan dengan Amsyar, lagi-lagi mereka akan menjadi rakan sekelas sepanjang pengajian. Malahan, mereka akan berjumpa hari-hari di kelab menembak atas tujuan latihan.

Tanpa malu, Amsyar mengekori Akira untuk makan bersama di kantin kampus. Dia harus merapatkan jurang dengan Akira yang seperti mahu melarikan diri darinya. Lama kelamaan, hubungan mereka bertambah akrab sehingga bibit-bibit cinta mula hadir. Amsyar hadir bagaikan penyelamat bagi Akira, dialah penyokong, dia jugalah penasihat setia kepadanya.

“Andai you log out, tiada masalah selagi you tak shut down kan hati you untuk I. But I takkan sesekali benarkan hal itu terjadi.” – Amsyar

Tampak indah belaka percintaan tanpa rasmi antara Akira dan Amsyar, sehinggalah pada satu hari yang dijanjikan.

“Amsyar, kenapa you tak datang lagi ni.” – Akira 

Dia menahan dirinya daripada menangis. Benarkah Amsyar menghilangkan diri tanpa kembali apabila Akira masih setia menunggunya?