The Bachelor : My Domineering Husband

The Bachelor : My Domineering Husband

RM 30.00

ISBN:

9789671821367

Categories:

General Novel
Romance

File Size

0.97 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (82)

Synopsis

Tujuh tahun mereka terpisah dan selama tempoh itu, Ghazril tidak pernah lelah mencari. Nadiene hilang tanpa dapat dikesan di mana jejaknya. Selepas tujuh tahun, Nadiene kembali ketika datuk kesayangannya pergi dijemput ilahi. Mereka bertemu semula tetapi kenapa Nadiene sudah tidak seperti Nadiene yang dikenali tujuh tahun dahulu? 

 

“It’s been a long time…” – Megat Ghazril 

“It’s you?”- Nadiene Ameena 

“Is this how you greet me after seven years?”- Megat Ghazril 

 

Walaupun hati Nadiene sudah berubah tetapi cinta dia tetap sama. Dan dia akan gunakan walau apa cara sekalipun untuk memiliki hati Nadiene semula. Bukan hanya hati tetapi seluruh jiwa dan raga Nadiene juga. Pengkhianatan yang dilakukan oleh keluarga Nadiene telah membuka ruang kepada Ghazril untuk mengambil kesempatan. Di saat itulah dia hulurkan tangan untuk membantu sehingga membuatkan Nadiene berada di jalan buntu. 

 

 “Now tell me, who am I to you.” – Megat Ghazril 

“My husband.” – Nadiene Ameena 

“So, what should a husband do?” – Megat Ghazril 

“Protect and take good care of his wife.” - Nadiene Ameena

“Is that all?” – Megat Ghazril  

“No…” – Nadiene Ameena

 

Mereka bertekad untuk membina semula cinta yang hampir rebah. Tapi mampukah cinta mereka terus menjamin bahagia apabila ada kebenaran yang tiba-tiba diungkap dan tersingkap?

 

“You rasa kenapa dia beria nak tolong you?” – Puan Sri Latifah 

“Because he loves me.” – Nadiene Ameena 

“Love? You’re so naïve, Nadiene. I feel sorry for you. But people always say, better to get hurt by the truth than comforted with a lie.” – Puan Sri Latifah 

 

Kebenaran memang menyakitkan. Tapi mampukah kebenaran memporak-perandakan dua hati yang saling mencintai? Tetapi di sebalik itu ada satu lagi kebenaran yang lebih perit untuk Nadiene terima apabila orang yang paling disayangi dan dipercayai adalah punca segala malapetaka. Akan berdiamkah Ghazril atau terus mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi milik dia? 

 

Nadiene Ameena… She’s my one and only mine!