Linguistik Bandingan Bahasa Makassar
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Linguistik Bandingan Bahasa Makassar adalah sebuah buku yang melakukan deskripsi secara lengkap lima varian bahasa Makassar, iaitu varian Lakiung. Turatea, Bantaeng, Konjo, dan Selayar. Pendeskripsian ke atas lima varian bahasa Makassar ini adalah untuk memperoleh bentuk purba bahasa Makassar. Melalui pendekatan linguistik bandingan, kelima-lima varian bahasa Makassar ini direkonstruksikan pada tatanan fonologi, morfologi dan leksikal. Justeru, buku ini mengutarakan bentuk purba fonem, morfologi dan leksikal bahasa Makassar Purba (BMSP). Selain itu, untuk memperlengkapkan kajian linguistik bandingan ini, aspek klasifikasi ataupun pengelasan wajib dilakukan. Dalam bab terakhir buku ini diutarakan satu bentuk klasifikasi atau pengelasan varaian Makassar. Lima varian Makassar yang dibandingkan itu memperlihatkan bahawa varian Lakiung, Bantaeng dan Turatea mempunyai hubungan kekerabatan yang lebih dekat berbanding dengan varian Konjo dan Selayar. Walau bagaimanapun, kelima-lima varian ini berasal daripada satu bahasa yang satu, iaitu bahasa Makassar.

