Pembinaan Imej Perduaan Menggunakan Penggabungan Penormalan Dan Kemudi Kejiranan Setempat

Pembinaan Imej Perduaan Menggunakan Penggabungan Penormalan Dan Kemudi Kejiranan Setempat

RM 24.50

ISBN:

978-967-251-528-9

Categories:

General Academics

File Size

7.14 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Bidang pemperduaan imej bertujuan untuk menemberengkan imej kepada bahagian-bahagian tertentu. Pemperduaan imej amat penting dilakukan kerana ia merupakan langkah pertama dalam pelbagai aplikasi pengecaman corak melalui imej. Ia merupakan proses penemberengan imej kepada dua bahagian iaitu latar hadapan dan latar belakang. Buku ini meninjau kepada permasalahan yang wujud dalam pemperduaan imej dan potensi penyelesaian kekangan yang wujud. Proses pemperduaan imej terbahagi kepada dua pendekatan iaitu secara tidak terselia dan secara terselia. Kedua-dua pendekatan pemperduaan imej diterangkan secara menyeluruh beserta teknik yang digunakan dalam penyelesaian kekangan pemperduaan imej. Potensi penyelesaian kekangan pemperduaan imej merangkumi dua pendekatan iaitu secara tidak terselia dan secara terselia. Penyelesaian kekangan yang wujud menggunakan pendekatan utama iaitu secara gabungan. Gabungan daripada beberapa imej perduaan didapati dapat meningkatkan ketepatan pemperduaan imej. Teknik penggabungan yang digunakan adalah mudah difahami, senang diulangi dan mampu menghasilkan ketepatan tinggi yang signifikan. Penyelesaian kekangan pemperduaan imej diterangkan dengan kaedah yang ringkas dan mudah supaya pembaca senang memahami proses yang terlibat. Semoga buku ini menjadi satu wadah yang bermakna kepada pembaca.