FARIZ, THE TROUBLEMAKER

FARIZ, THE TROUBLEMAKER

ISBN:

978-967-2474-40-1

Categories:

General Novel
Romance
Wedding

File Size

0.22 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

Fariz yang tidak sanggup lagi melihat kedua-dua kakak iparnya dibuli oleh mamanya, nekad tidak mahu berkahwin sampai bila-bila. Dia bimbang jika dia mendirikan rumah tangga, isterinya bakal menerima nasib yang sama.

 

Namun segalanya telah mengubah pendirian Fariz apabila dia bertemu dengan si tomboy Amylia secara tidak sengaja ketika dia hampir dirompak sejurus keluar dari bank. Amylia telah menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa rompakan.

 

Hasil perkenalannya dengan Amylia, mereka jadi rapat sehingga menerbitkan rasa cinta di hati Fariz. Dia nekad mahu melamar Amylia apabila dilihat gadis itu mampu mengubah sikap tidak baik pada ibunya. Sifat-sifat tegas dan kasar yang ada pada diri Amylia mengukuhkan lagi alasan Fariz kenapa dia memilih gadis itu untuk dijadikan isteri.

 

Itulah hari-hari yang terpaksa dilalui oleh Amylia sejak menjadi isteri kepada Fariz. Dia menjadi harapan kepada Fariz untuk melawan segala tindakan buli oleh Puan Exora. Tetapi, Amylia tahu batas-batasnya. Tak mungkin dia akan berkasar dengan orang yang lebih tua apatah lagi Puan Exora itu adalah mentuanya sendiri. Fariz pula macam sengaja menimbulkan masalah di antara dia dan Puan Exora.

 

Fariz melakukan itu semua hanya kerana satu sebab. Dia mahu mamanya berubah.