Saat Kau Takluk Cinta Ini

Saat Kau Takluk Cinta Ini

RM 25.00

ISBN:

9789671698723

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.81 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (7)

Synopsis

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila  emaknya jatuh sakit.  Namun  kepulangannya tidak disenangi  Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

 

Rahhal tidak  mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan  kebun pisang dan  kolam ikan.  

 

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya  membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata  gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta  tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

 

Sedang mereka  didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.  

 

“Saat kau takluk cinta ini, saat itu juga kau hempas seluruh hatiku dengan pengkhianatanmu!”~RAHHAL TAUFIQ

 

Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.

 

Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam. 

 

Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali,  tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah  Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

 

“Cinta ini sudah menakluk seluruh atmaku,  sehingga aku tidak lagi bisa merasa pahitnya  dusta.”~RAHHAL TAUFIQ

 

“Ya, saat kau takluk cinta ini, tidak ada satu pun daerah dalam hati ini  kau tinggalkan kosong. kerana ia telah terisi oleh hebatnya cintamu!”~MELISSA HAIRA