DARINA

DARINA

RM 10.00

ISBN:

978-967-25809-2-8

Categories:

Chick-Lit
General Novel
Romance

File Size

0.37 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Sepuluh tahun lepas, Darina dan Ghazi pernah berkongsi rasa yang sama. Cinta dan sayang. Namun pemergian Ghazi ke Jerman tanpa pengetahuan Darina di saat dia benar-benar perlukan lelaki itu di sisi, membunuh rasa cinta di dalam hati Darina. Mencambahkan rasa benci yang bukan kepalang.

 

Sepuluh tahun berlalu, Ghazi kembali untuk memiliki Darina kembali. Gadis itu diikat dalam sebuah ikatan perkahwinan. Tetapi benci di dalam hati Darina, buatkan rumah tangga mereka tidak seperti pasangan lain.

 

Kemaafan ditagih. Namun bukan mudah untuk Darina maafkan dia. Lagi-lagi bila sekeping hati itu masih terluka dan berdarah.

 

“Sorry? For What?” – Darina

 

“For leaving you. Ten years ago.” – Ghazi

 

Pelbagai usaha Ghazi lakukan untuk meraih kembali cinta Darina. Ia tidak semudah yang disangka. Lagi-lagi bila  dendam kesumat seseorang buatkan Darina semakin membenci dan tidak mempercayai dia.

 

“Lepas semua yang I buat pada you… You still choose not to trust me, don’t you?

 

Kecewa, Ghazi bawa diri ke Jerman. Di saat yang sama, Darina baru mengetahui rahsia kenapa Ghazi meninggalkan dia sepuluh tahun lepas. Darina menyesal. Namun semuanya sudah terlambat bila Ghazi sekali lagi meninggalkan dia.

 

Menjejak kembali Ghazi, masihkah ada peluang untuk dia? Masihkah ada peluang untuk rumah tangga mereka? Yang paling penting…. Masihkah ada peluang untuk cinta mereka?