Kepelbagaian Kontrak Pembiayaan Islam

Kepelbagaian Kontrak Pembiayaan Islam

RM 21.00

ISBN:

978-967-251-616-3

Categories:

General Academics

File Size

3.20 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini menjelaskan kepelbagaian kontrak pembiayaan Islam. Sistem kewangan Islam alternatif kepada sistem kewangan konvensional. Sistem kewangan Islam adalah unik dan suci kerana ia berasaskan kepada petunjuk yang suci, iaitu al -Quran, al -Sunnah, al-ljma', al- Qiyas dan sumber perundangan yang diiktiraf oleh Islam. Objektif utama sistem kewangan Islam menyediakan produk dan instrumen kewangan Islam yang adil dan menguntungkan kesemua pihak dan tidak membenarkan transaksi berasaskan riba, gharar, maysir dan unsur penipuan. Kontrak pembiayaan Islam adalah bersandarkan kepada kontrak Muamalat Islam. Justeru, buku ini memulakan perbincangan dengan menerangkan kontrak pembiayaan pengajian tinggi berasaskan Ujrah seperti PTPTN. Seterusnya, menyentuh tentang kontrak pembiayaan peribadi yang disediakan di Institusi Kewangan Islam dan kepatuhannya kepada keperluan Syariah. Perbandingan sistem Ar Rahnu sebagai pembiayaan bersandarkan emas dan pajak gadai konvensional dianalisis untuk kemanfaatan pengguna. Refleksi tentang pembiayaan perumahan melalui kontrak al-Bal" Bithaman Ajil diulas supaya jelas pemakaiannya dan diterima oleh masyarakat dan industri kewangan Islam. Pembiayaan teknologi hijau menggunakan pelaburan bertanggungjawab dan mampan untuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar. Akhirnya, menjadi peranan masyarakat, ahli akademik, pakar kewangan Islam, industri dan kerajaan mengekalkan sistem kewangan Islam yang mampan dalam mencapai Maqasid Al Syariah. Semoga buku ini memberi manfaat kepada semua.