Maklumat Islam di Media Sosial : Indikator Kewibawaan

Maklumat Islam di Media Sosial : Indikator Kewibawaan

RM 20.00

ISBN:

978-967-251-609-5

Categories:

General Academics

File Size

4.81 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini memberi tumpuan kepada cabaran membangun indikator bagi belia Muslim menentukan maklumat Islam di media sosial berwibawa. Platform media sosial memberi kesan yang signifikan kepada kehidupan sosial kerana melibatkan amalan kerohanian, prinsip keagamaan, penyebaran fatwa dan maklumat penting untuk tujuan dakwah. Kepercayaan terhadap maklumat Islam boleh ditentukan sekiranya terdapat unsur sumber dan mesej yang disahkan. Pembangunan model kewibawaan dengan dimensi, faktor dan indikator kewibawaan diketengahkan. Kaedah Fuzzy Delphi yang mengambil kira konsensus di kalangan pakar digunakan untuk memeriksa dan mengesah dimensi, faktor dan indikator kewibawaan maklumat dalam kontek maklumat Islam di media sosial. Hasil kerja dalam buku ini berjaya menghasilkan turutan keutamaan dimensi, faktor dan indikator yang dapat mengukur kewibawaan maklumat Islam. Belia Muslim harus meletakkan penekanan terhadap faktor sumber penulisan, keaslian, keobjektifan dan kerelevanan maklumat semasa mempertimbangkan hantaran maklumat Islam di media sosial. Selanjutnya, indikator bagi faktor sumber penulisan, ketepatan, autoriti dan keaslian merupakan keutamaan dalam mengukur kewibawaan maklumat Islam di media sosial.