BANGSAWAN SULTAN TENGAH SULTAN SARAWAK DARUL HANA

BANGSAWAN SULTAN TENGAH SULTAN SARAWAK DARUL HANA

RM 225.00

ISBN:

978-983-44246-3-3

Categories:

History
Art & Graphics

File Size

40.91 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Sidang redaksi Bahagian Kebudayaan, Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah julung kali menerbitkan buku Bangsawan Sultan Tengah Sultan Sarawak Darul Hana yang telah mendapat perkenan penerbitannya oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sewaktu kunjungan hormat di Astana Negeri pada tahun 2018. Usaha sidang redaksi penerbitan buku Bangsawan Sultan Tengah Sultan Sarawak Darul Hana telah bermula sejak 2017 dalam usaha untuk mendokumentasikan pementasan Bangsawan Sultan Tenagh yang telah dipentaskan pada tahun 2016. Bangsawan Sarawak sememangnya popular pada sekitar tahun 50-an dan 60-an, khususnya di sekitar Kuching Sarawak. Sebuah pementasan Bangsawan Sultan Tengah telah dipentaskan pada 04, 05 dan 06 Mac 2016 yang bertempat di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce Institut Guru Batu Lintang Kuchibg Sarawak. Usaha pementasan ini adalah atas perhatian pihak penganjur terhadap saranan yang pernah disuarakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sewaktu kunjungan hormat di Astana Negeri pada tahun 2015. Karya Bangsawan Sultan Tengah Sarawak terhasil dari penyelidikan ilmiah oleh Bahagian Kebudayaan, Penyelidikan dan Media Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, terhadap sumber manuskrip Melayu yang bertulis jawi iaitu Salasilah Raja-Raja Berunai dan Hikayat Sambas. Adptasi manuskrip ini telah berjaya merungkai sejarah riwayat hidup seorang putera sultan Berunai yang telah menjadi sultan pertama dan terakhir Sarawak dengan terbentuknya pengasasab Kesultanan Melayu Sarawak pada abad ke- 16. Pementasan Bangsawan Sultan Tengah ini telah mengabungkan hampir 150 orang penggiat teater di sekitar bandaraya Kuching yang terdiri daripada tenaga produksi, pelakon, penyanyi, penari dan pemuzik. Manakala persiapan untuk kostum busana Melayu, satu penyelidikan rapi dibuat oleh AKYBMS untuk memastikan semua watak-watak memakai kostum seiras yang pernah digunakan oleh tokoh-tokoh pada zaman tersebut. Kostum-kostum ini telah direka khas yang terdiri daripada raja-raja Melayu, tanjak dan juga keris berdasarkan 1600 tahun yang lalu. Set, prop dan layar cerita juga dibina mengikut kajian rapi agar ia dapat dihayati oleh para penonton dan dapat memnonjol jati diri Melayu Sarawak serta menghidupkan kembali seni bangsawan di Sarawak.