Kembalinya Cinta Ramadan

Kembalinya Cinta Ramadan

RM 19.00

ISBN:

9789671759851

Categories:

General Novel
Romance

File Size

3.01 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (1)

Synopsis

Blurb

Kembalinya cinta Ramadan

 

Cinta pandang pertama. Itulah yang Hariz rasakan saat dia disapa oleh Wardah yang perlukan bantuan. Pertemuan pertama di perkarangan masjid membuatkan Hariz yakin jodohnya telah pun muncul.

Jadi dia mengambil kesempatan itu untuk berkenalan dengan Wardah. Sengaja mencari peluang untuk berbuka bersama gadis itu. Seminggu berkenalan, Wardah tiba-tiba menghilang tanpa dapat dikesan. Hariz penasaran.

Tiga tahun berlalu, tempoh epidemik Covid 19 membataskan pergerakan seluruh dunia. Namun nama Wardah tetap bertakhta di hati Hariz. Dia yakin suatu hari nanti mereka akan dipertemukan kembali.

Ramadan tiba lagi. Kali ini semua orang teruja menyambutnya kerana sudah dua tahun tidak dapat menghayati bulan penuh berkah ini. Hariz juga tidak ketinggalan. Dia dipaksa untuk berpuasa dan beraya di kampung oleh tok ayah dan mak ajinya.

Rupanya paksaan itu ada agenda yang tersembunyi.

“Adah tu awek kamu masa kecil dulu.” -Mak Ngah.

“Kamu cakap bila besar nanti nak kahwin dengan Adah.”-  Mak Aji.

Hariz pening. Jejak sahaja kaki kat kampung nama Adah itulah yang dilagukan oleh Mak Aji. Cerita zaman dahulukala juga dihikayatkan.

Adah pandai masak,  jahit baju, rajin tolong kemas rumah. Semuanya  cerita tentang Adah . Pendek kata Adah ni calon cucu menantu pilihan mak aji.

Jadi di mana letaknya Wardah di hati Hariz.

Harus dilupakan ke?

Tapi kenapa saat Hariz memandang Adah, rindunya luruh?

 Adah pulak pelik, siapa lelaki ini? Mereka pernah kenal ke?

Apa jadi bila Hariz berubah hati dari Wardah ke Adah?

“On mak aji.” -Hariz

 

Nak tahu kisah mereka selanjutnya, kena baca ebook ini.