DINIKAHI DOKTOR IMRAN

DINIKAHI DOKTOR IMRAN

RM 20.00

ISBN:

9789672474487

Categories:

Teen Novel
General Novel
Wedding

File Size

0.35 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (1)

Synopsis

Seperti orang lain, Danisya juga mempunyai hobi. Dia suka membaca novel dan lebih cenderung memilih bacaan berlatarkan perihal rumah tangga.

Terpengaruh dengan jalan cerita yang bermacam kisah, dia jadi takut untuk berkahwin. Lebih mengukuhkan lagi prinsipnya itu apabila kakaknya sendiri diceraikan atas alasan yang tidak masuk akal. Hanya kerana sabun mandi, kakaknya jadi janda.

Bukan itu saja yang mempengaruhi Danisya, malah berita-berita semasa yang melibatkan penderaan dan pembunuhan suami ke atas isteri juga membuatkan fikirannya sedikit terganggu.

Doktor Imran yang telah lama menyukai Danisya terpaksa menghadapi cabaran untuk memikat gadis yang berpegang pada prinsip tidak mahu berkahwin itu. Jalan singkat yang digunakan Imran adalah dengan menghubungi Puan Aloyah dan menyampaikan hajatnya yang mahu menyunting Danisya tanpa pengetahuan empunya badan.

Perkara itu sampai ke pengetahuan Danisya dan dia berusaha untuk menggagalkan rancangan Doktor Imran. Salah satu perkara yang dilakukannya adalah percubaan untuk kenalkan Doktor Imran kepada si kakak yang telah diceraikan. Namun, Doktor Imran lebih awal dapat menghidu rancangan gadis kesayangan.

“Saya tahu niat awak, Sya.”

“Er, maksud doktor?”

“Awak nak kenalkan saya pada kak long awak, kan?”

“Haa...??”

“Saya dah cakap semalam, saya ada seribu satu cara untuk pikat awak. Jadi, awak lupakanlah pasal niat awak tu. Faham tak ni?”