SEMAHAL ITUKAH CINTA ABANG?

SEMAHAL ITUKAH CINTA ABANG?

RM 10.00

ISBN:

9789672474531

Categories:

General Novel
Romance
Wedding

File Size

1.24 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Luzman sering bersikap baran selepas kematian Intan, isterinya. Ditambah lagi dengan kehadiran Aqeela yang lemah daya berfikir, makin menjadi-jadi sikap pemarahnya itu.

Aqeela, seorang gadis cantik, sepupu kepada Luzman yang terpaksa tinggal bersama kerana ibunya mengambil tanggungjawab menjaga dan membela Aqeela setelah gadis itu hilang tempat bergantung. Namun, Aqeela bukan gadis normal seperti orang lain. Dia pemegang kad O.K.U dengan masalah lembam.

Satu hari, keadaan mula berubah. Luzman tersentak sejurus ibunya meninggal kerana terlibat dalam nahas kapal terbang. Dia terduduk memikirkan siapa yang boleh memikul tanggungjawab menjaga Aqeela. Memang dari awal dia tahu, arwah ibunya tidak akan sesekali membiarkan Aqeela tinggal di luar kerana bimbang akan dimanfaati oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Atas nasihat Kak Nora, pembantu rumahnya, dia dicadangkan supaya berkahwin dengan Aqeela.