Syurga Cinta Beratap Rumbia

Syurga Cinta Beratap Rumbia

RM 18.00

ISBN:

978-967-19868-9-9

Categories:

General Novel
Romance

File Size

2.71 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (3)

Synopsis

Rumahtangga Saiful Amizan hancur musnah dek ceteknya nilai cinta yang dimiliki oleh Aira Syuhadah. Ternyata anyaman mahligai yang dibina mereka berdua sia-sia. Lahirnya Aira Qistina, anak istimewa tanpa sah taraf telah mengangkat status Saiful Amizan sebagai seorang bapa. Asbab, diselubungi penyakit Male Erectile Disorder selama 27 tahun hayatnya. Tidak betah reputasi diri serta kesihatannya menghasilkan seorang anak secara normal. “Saya akan lepaskan Aira, ayah. Saya tak nak dia terseksa hidup dengan saya sebab saya tak mampu untuk layan kemahuan dia nantinya.” – Epul “Perkahwinan bukan seks semata-mata, Epul.” – Pak Majid “Saya tahu, ayah. Tetapi nanti Aira akan terseksa pada akhirnya. Lagi pula, dia tak cintakan saya. Dia cintakan orang lain. Aira cintakan ayah kepada anak yang dilahirkannya. Siapalah saya dalam diri, Aira Syuhadah. Saya miskin harta dan hanya nelayan cabuk sahaja.” – Epul Aira Syuhadah nekad. Dia perlu mengikut Boy dan membina kehidupan bersama bekas tunangnya semula. Setelah dirinya buta-buta diperkosa oleh Boy suatu ketika dahulu. Dia masih mencintai lelaki bandar itu. Dia mesti meninggalkan Saiful Amizan. Buat apa hidup bersama jika tiada cinta di hatinya. “Kau ingat dengan cinta sahaja kau boleh bahagia, Aira?” – Pak Majid “Ya, ayah. Aira akan buktikan. Boy tu pun manusia baik.” – Aira “Baik apa sampai sanggup meragut dara kau, Aira. Kalau dah tak sabar sangat, kahwinlah! Bukan berzina! Masa Boy buang kau. Putus tunang dengan kau. Epul yang serah diri nak bela maruah kau. Jaga kau dan anak dalam kandungan kau, Aira! Macam ni kau balas segala kebaikan Epul pada kau? Jangan jadi ibarat si Tanggang, Aira. Melupakan tempat berpaut. Aku tak ajar kau derhaka dengan suami sendiri.” – Pak Majid Keadaan bertambah menyesakkan apabila bekas suaminya, Saiful Amizan muncul semula dalam hidup Aira Syuhadah. Tidak sudah-sudah lelaki bimbo itu memujuk rayu Aira Syuhadah untuk rujuk semula. Namun, kematian Pak Majid, bapa kandung Aira Syuhadah telah menyukarkan rancangan Saiful Amizan itu. Apa jadi seterusnya? Masihkah Aira Syuhadah mengapai bahagia setelah diri ditepuk tupai dan menikahi lelaki yang tidak dicintainya? Sama-sama kita terokai dalam kisah Syurga Cinta Beratap Rumbia.