Anis Eliyah: Protect The Queen

Anis Eliyah: Protect The Queen

RM 18.00

ISBN:

anis-eliyah-protect

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.99 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (2)

Synopsis

Aku cuma anak yatim yang bersuamikan putera raja. Bahagia disayangi? Iya, tetapi ada yang benciku dalam diam.

Edward Frans Adam bertemu dengan Anis Eliyah dalam satu kejadian yang membuatkan dia terus mengambil keputusan untuk menikahi gadis itu di sempadan Thailand. Walaubagaimanapun, Eliyah cuma menginginkan tiga bulan sahaja berada dalam perkahwinan tersebut.

“Saya sah tak mengandung, jadi kita boleh buat haluan masing-masing. Saya nak kita bercerai.” – Anis Eliyah.

Tiga bulan yang Eliyah inginkan itu menjadi tiga tahun apabila Edward tidak mahu melepaskannya. Disebabkan rasa bersalah kerana sudah mengganggu perancangan masa depan lelaki Inggeris itu bersama wanita lain, Eliyah pergi dari hidup Edward. Tiga tahun mereka tidak bertemu, akhirnya mereka dipertemukan dalam satu kejadian yang hampir meragut nyawa Eliyah. Eliyah cuba menyembunyikan cerita bahawa dirinya diancam bahaya hingga ada yang kehilangan nyawa kerana cuba melindunginya. Namun, perubahan diri Eliyah dan tindakan reflek tubuhnya berjaya dikesan oleh Edward tatkala Eliyah menyerang dan berlawan dengan salah seorang anak buah Edward di tengah-tengah hutan.

“Yang kau nak ikut baran dia dah kenapa? Kau tahukan dia cedera?” – Edward Frans Adam

“Dia serang saya dulu, bos. Mana boleh saya biarkan dia belasah saya. Malulah kalau kalah.”

“Kalau kau tak mengendap aku, tak adanya aku nak serang kau!” – Anis Eliyah.

Bengang, anak buahnya melaksanakan tugas bertentangan dengan arahannya dan cuba buat yang tidak sepatutnya kepada Eliyah, Edward mula mendedahkan identiti ‘Puan Eliyah’ yang sebenarnya. Bagaimanapun, seperti tiga tahun yang lalu, Eliyah tetap mahu menuntut penceraian hingga menaikkan kemarahan Edward gara-gara Eliyah pergi meninggalkannya tanpa mahu mendengar penjelasannya terlebih dahulu.

“Saya dah cakap dulu. Saya tak main-main dengan perkahwinan ini. Sekarang ini awak minta lagi, jadi saya akan kotakan apa yang saya cakap dulu. Awak akan betul-betul mengandungkan anak saya, Eliyah!” – Edward Frans Adam

Edward yang serius dengan kata-katanya, terus mengikat Eliyah dalam sebuah perkahwinan yang sebenarnya. Memikirkan keselamatan isterinya masih belum terjamin saat Eliyah ditinggalkan sendirian di rumah saat dia keluar bekerja, Edward mengambil keputusan untuk membawa isterinya pulang ke rumah agam peninggalan orang tuanya. Bagaimanapun, kerana berasa rendah diri dengan perbezaan taraf hidupnya dengan Edward yang bukan saja kaya tetapi berketurunan bangsawan, Eliyah membuat permintaan tidak masuk akalnya.

“Kalau Eliyah nak bie rahsiakan perkahwinan kita, bie nak perkenalkan Eliyah sebagai apa? Don’t ever thinks I will let you go out from my house. Mereka masih buru Eliyah.” – Edward Frans Adam

“Bie kenalkan Eliyah sebagai pembantu rumah keluarga bie yang baru.” – Anis Eliyah

Merahsiakan hubungan suami isteri mereka adalah sesuatu yang paling susah bagi Edward apabila Edward terlalu menginginkan Eliyah selalu ada di sisinya walaupun setiap malam Eliyah tidur dalam pelukannya. Kemesraan mereka terpaksa dirahsiakan sehingga Edward tidak mampu menghalang Eliyah daripada diintai oleh jiran sebelah rumah agamnya.

“Aku datang bawa pesanan dari Tuan Khaliq dan Puan Aliah. Mereka mahu bertemu dengan Cik Gadis Muda Anis Eliyah.” – Hadlan

“Untuk apa?” – Edward Frans Adam

“Untuk sebuah penjelasan akan siapa sebenarnya Anis Eliyah pada mereka.” – Hadlan

Eliyah tidak pernah terfikir, bahawa hidupnya yang banyak derita dari bahagia bakal berubah 180 darjah. Selain bahagia menjadi isteri kepada Edward, dia ibarat menjadi seorang anak puteri raja dalam keluarga kaya Tuan Khaliq Nazri dan Puan Aliah.

“Papa tak akan benarkan sesiapa sentuh Anis lagi. Mereka yang dah pernah seksa Anis akan dapat balasannya sama seperti arwah Yusri! Papa akan humban mereka ke dalam neraka!” – Tuan Khaliq Nazri

Bagaimana caranya Edward Frans Adam dan Tuan Khaliq Nazri melindungi Anis Eliyah daripada masuk kembali dalam cengkaman si penjahat apabila orang terdekat mereka ternyata sedang merancang sesuatu untuk menyingkirkan Eliyah dari hidup Edward bagi mengekalkan sebuah janji? Semua jawapannya bakal terungkap dari ebook siri #threesibling ini.