Peningkatan Hasil Pengeringan Semburan Menggunakan Rawatan Permukaan

Peningkatan Hasil Pengeringan Semburan Menggunakan Rawatan Permukaan

RM 21.00

ISBN:

978-967-251-795-5

Categories:

General Academics

File Size

5.46 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Sistem makanan yang mengandungi tahap aktiviti air yang rendah akan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Kesan peningkatan jangka hayat yang diperoleh melalui proses pengeringan adalah disebabkan oleh pengurangan kandungan air dalam sistem makanan. Pemendapa ada dinding kebuk pengeringan adalah kunci masalah kepada partikel yang dikeringkan dalam pengering semburan, yang akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti produk yang terhasil. Permukaan yang tinggi sudut sentuhnya ataupun yang diubahsuai menjadi lebih hidrofobik mampu mengurangkan kelekatan partikel di atas permukaan dinding pengering semburan. Substrat kaca dan keluli tahan karat yang telah dirawat dengan larutan POMS menunjukkan sifat hidrofobik yang baik pada kepekatan PDMS yang rendahdengan kedua-dua substrat telah mencapai sudut sentuh tertinggi yang hampir sama iaitu sekitar 100'. Aplikasi rawatan permukaan menggunakan larutan PTFE dan PDMS telah mengubah sifat permukaan substrat dan kemampuannya dalam mengurangkan masalah kelekatan serbuk semasa proses pengeringan semburan. Permukaan substrat yang dirawat sama ada dengan PTFE atau PDMS, kedua-duanya memiliki tenaga permukaan yang lebih rendah daripada permukaan tidak dirawat secara signifikan. keberhasilan produk (%, w/w) boleh ditingkatkan selepas rawatan kimia pada permukaan kebuk pengeringan dengan berkurangnya jumlah partikel yang melekat. Hal demikian dapat dibuktikan dengan jisim kelekatan serbuk yang jauh lebih rendah di atas substrat terawat berbanding substrat asli dengan pengurangan jisim kelekatan sehingga hampir 90% (w/w) pada kos rawatan permukaan yang rendah. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa rawatan kimia menggunakan PDMS dan PTFE telah meningkatkan kehidrofobikan dan mengurangkan kelekatan serbuk pada permukaan kaca borosilika dan keluli tahan karat semasa proses pengeringan semburan. Aplikasi rawatan kimia menggunakan PDMS dan PTFE secara optimum ke atas subsrat semasa proses pengeringan semburan berjaya mengurangkan jumlah kelekatan serbuk sampel susu penuh krim pada permukaan. Tenaga permukaan subsrat yang rendah dan tekanan permukaan sampel susu penuh krim yang lebih tinggi membentuk sudut sentuh yang tinggi,dan seterusnya mengurangkan kerja kelekatan partikel pada permukaan yang telah dirawat dengan PTFE dan PDNS serta mngurangkan jumlah kelekatan hingga 87% (w/w). Rawatan kimia menggunakan PDMS dan PTFE telah meningkatkan kehidrofobikan dan mengurangkan kelekatan serbuk pada permukaan kaca borosilika dan keluli tahan karat semasa proses pengeringan semburan.