Membina Rangkaian Internet Benda

Membina Rangkaian Internet Benda

RM 14.00

ISBN:

978-967-251-809-9

Categories:

General Academics
Engineering & IT

File Size

4.42 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (1)

Synopsis

Sejajar dengan perkembangan teknologi Internet Benda (IoT) dan juga kepentingan pengumpulan maklumat dari aplikasi loT dalam menyokong analisis atau pelaksanaan tugasan harian, prestasi rangkaian yang optimum dapat menjamin kejayaan penyampaian aplikasi. Sebagai salah satu pemangkin kejayaan aplikasi loT, ciri-ciri protokol penghalaan yang digunakan perlulah difahami dan dipatuhi agar keperluan rangkaian sentiasa ditambah baik seing dengan perubahan yang berlaku ke atas aplikasi. Buku ini memberikan pengenalan umum terhadap metrik serta faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi protokol penghalaan rangkaian loT, iaitu IPv6 over Low power WPAN (6LOWPAN). Penerangan yang jelas berpandukan simulasi terhadap Minimum Rank with Hysteresis Objective Function (MRHOF) untuk menilai faktor-faktor berpengaruh seperti corak pengerahan, bilangan nod, julat transmisi dan gangguan radio serta mobiliti. Simulasi dijalankan melalui sistem pengendalian Instant Contiki versi 2.7 yang mengandungi simulator rangkaian Cooja dan penganalisis protokol rangkaian Wireshark. Beberapa contoh senario yang berbeza dibandingkan dan prestasi dinilai berdasarkan nisbah penghantaran paket, penggunaan tenaga dan nisbah overhed mesej kawalan. Rangka kerja yang digunakan juga boleh diguna pakai sebagai rujukan untuk menaik taraf dan menambah baik protokol penghalaan 6LowPAN secara lebih terancang.