MAAFKAN ABANG, SAYANG

MAAFKAN ABANG, SAYANG

RM 18.00

ISBN:

9789672474661

Categories:

General Novel
Romance
Wedding

File Size

2.50 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (2)

Synopsis

KERANA kasihankan ibu saudaranya yang datang ke rumah sambil merayu dan menangis, Arif bersetuju mengahwini Aileen yang sedang mengandungkan anak luar nikah. Kesanggupannya itu terselit niat mahu mendidik Aileen yang dianggap sombong dan kurang ajar.

Aileen, gadis berusia 21 tahun yang sering hidup bebas telah ditinggalkan oleh teman lelakinya, Syafiq. Terpaksa mengikut cadangan ibunya supaya berkahwin dengan Arif bagi menutup malu.

Selamat dinikahkan, bermulalah kisah rumah tangga mereka. Sikap garang Arif terhadap Aileen yang sombong, selalu membuatkan mereka bertengkar. Ada saja yang tidak kena pada kedua-duanya.

“Kau... kau nak pakai macam ni keluar dari bilik? Nak ikut aku pergi sawah, kau nak pakai macam ni?” Arif tergagap.

Aileen bingung. Dia menilik seluar pendek dan singlet di tubuhnya. “Kenapa dengan pakaian saya?”

“Kau tanya kenapa?” Arif pegang dada. Boleh sakit jantung dia kalau macam ni.

Aileen semakin bingung. Lebih bingung melihat keadaan Arif. Lelaki itu seperti baru saja terkena serangan jantung. “Abang Arif tak apa-apa ke?” Dia segera mendapatkan Arif dan mula risau.

“Tak... tak ada apa-apa.” Arif menepis perlahan tangan Aileen yang mahu memaut lengannya. Tak boleh jadi ni. Dia kena buat sesuatu. Dia tak boleh biarkan Aileen berpakaian sesuka hati lagi. Memang betul cakap ayahnya, Aileen perlu didekatkan dengan agama.

Aileen mencebik. Dia sedikit berjauh hati dengan tindakan Arif yang menepis tangannya. Walaupun perlahan, tapi dia tetap tersinggung. Seolah-olah, dia jijik sangat di mata Arif.

Baru sehari bergelar pengantin baru, mereka dikejutkan dengan kemunculan Suri. Aileen mahu belajar menerima Arif sebagai suami, namun kehadiran Suri telah menyebabkan hatinya berbolak balik.

Kepulangan Suri telah membuatkan Arif lebih banyak berdiam diri. Apakah yang sedang berlaku?