Takdir dan Tadbir Ilahi

Takdir dan Tadbir Ilahi

RM 10.00

ISBN:

9789671692219

Categories:

Motivation
Religion
Islam

File Size

0.64 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (2)

Synopsis

Ini ialah sebuah travelog kehidupan, dan kisah-kisah berkaitan. Harapan saya semoga ada kandungan yang merupakan catatan awal ibu dan sebarang penambahbaikan dari saya dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang manfaat walaupun sekelumit.
Kini kedua-dua orang tua saya sudah tiada. Ayah dahulu yang pergi meninggalkan saya dan adik-adik. Beberapa tahun kemudian ibu pula menyahut seruan Ilahi.
Terimalah travelog kehidupan ini. Sebuah kisah penghijrahan sebuah keluarga Melayu dari Besut, Terengganu ke Jerantut, Pahang dari leluhur Jawa dan Patani. Sebuah cacatan perjalanan dan curahan pengalaman dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya.
Ibuku Mek Yah binti Haji Mohamad Amin, ini khas untukmu. Maafkan anakanda kerana terlewat menyudahkan penulisan sketsa kehidupan ini. Semoga roh kedua-dua ibu dan ayah saya ditempatkan di kalangan orang soleh dan solehah di negeri kekal abadi. Amin.

=====

Buku Melayu

Web Sutera