ASAS-ASAS KEBIDANGUSAHAAN SUMBER HUTAN

ASAS-ASAS KEBIDANGUSAHAAN SUMBER HUTAN

RM 45.00

ISBN:

978-967-0021-34-8

Categories:

General Academics
Business & Management
Science

File Size

29.70 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Kebidangusahaan sumber asli mempunyai potensi yang amat besar di Malaysia. Meskipun ia merupakan sebuah negara kecil, Malaysia agak kaya dengan sumber alam. Dalam konteks ini, gagasan utama buku ini adalah tentang kebidangusahaan sumber asli dan bukan sekadar keusahawanan sumber asli itu sahaja. Kebidangusahaan mempunyai konotasi penting iaitu ia melibatkan perancangan, pembangunan, dan pemfaedah gunaan sumber-sumber asas untuk memajukan sektor ekonomi sesuatu masyarakat atau negara menerusi kegiatan-kegiatan keusahawanan. Ini bermakna, ketiga-tiga aspek perancangan, pembangunan, dan pemfaedahgunaan sumber dan keusahawanan itu sendiri perlu disepadukan. Dalam erti kata lain, bidangusaha berasaskan sumber asli dan pengkomersilan bidang berkenaan perlu diberi perhatian secara seimbang dan berintegrasi. Ini memerlukan keilmuan dalam bidang-bidang sains fizikal dan sains gunaan serta ekonomi, pengurusan, dan perniagaan. Dengan itu, pelajar diharapkan akan mampu menjadi teknousahawan yang menceburkan diri dalam kebidangusahaan sumber asli secara holistik. Sesuai dengan konsep keusahawanan yang berperanan utama untuk mencipta atau menghasilkan produk, kebidangusahaan sumber asli perlu mempunyai rantaian nilai yang merangkumi semua proses penciptaan dan penghasilan yang terlibat dari tapak asal hingga ke tangan pengguna.