TEFAL, ORKED PUNYA

TEFAL, ORKED PUNYA

RM 15.00

ISBN:

bawang-02

Categories:

Romance

File Size

1.41 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (4)

Publisher

Cik Bawang

Synopsis

Kisah Tefal dan Orked ini bukan kisah klise dalam novel. Tapi kisah klise kehidupan manusia. Orked tak suka Tefal kerana penampilan lelaki itu yang selekeh dengan bau busuk tahi kambing. Bertambah tak suka bila Tefal pernah bercinta dengan kawan baiknya. Masih terngiang-ngiang suara Tefal dan Mimi bermama-papa ketika bercinta dulu. Geli-geleman. Rasa nak muntah! "Kau ni jual mahal sangat kan. Kau tahu tak aku ni dah cukup diskaunkan diri sendiri nak minta kau beli. Tapi langsung kau tak sudi."- Tefal "Eh, bukan aje tak sudi beli produk Tefal harga diskaun. Toleh sebelah mata pun aku tak inginlah." -Orked Sudah puas Tefal memberi signal cinta pada Orked, tapi Orked lebih pantas menepis. Sehinggalah tiada angin tiada ribut Orked sendiri yang meminta Tefal datang meminang. "Tefal, kau minta family kau datang pinang aku secepat mungkin. SECEPAT MUNGKIN tau!" -Orked Ya! Sejak si emak mahu kahwinkan dia dengan Roslan duda berumur 50 tahun, Orked terus jadi gila. Gilakan Tefal! Asalkan dapat lari dari si duda yang menghampiri usia warga emas itu, Orked sanggup berkahwin dengan Tefal walaupun lelaki itu tidak dia cintai. Ingatkan dengan mempergunakan Tefal, mak akan diam dari terus memaksa Orked berkahwin dengan Roslan. Tetapi rupanya mak tak restu hubungannya dengan Tefal! Dalam masa yang sama, cinta mula berputik untuk Tefal. Tetapi kehadiran Siti dalam hidup Tefal menambahkan salah faham di hati Orked membuatkan rancangan untuk bersatu terputus di tengah jalan. "Tefal. Perkara yang aku cakap hari tu, kira cancel tau. Tak payahlah kau datang meminang aku." - Orked "Kau dah bawa aku terbang tinggi ke langit. Dan dengan kejam kau tolak aku jatuh ke bawah tanpa sebarang alat untuk aku selamatkan diri. Secara zahirnya kau tak nampak badan aku yang hancur tapi hati aku, Orked. Berkecai." - Tefal Tefal kecewa. Orked tersepit. Mereka menjauh dek kerana terluka. Dapatkah cinta Tefal dan Orked bersatu? Dapatkah Orked lari dari terus digesa berkahwin dengan Roslan dan melepaskan Tefal pergi?