TEMAN LELAKIKU BATANG PENYAPU

TEMAN LELAKIKU BATANG PENYAPU

RM 16.00

ISBN:

978-967-2474-33-3RMA

Categories:

Teen Novel
General Novel
Science

File Size

4.50 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Delmon yang sebenarnya berasal dari bumi akan pergi ke planet Indigo Flora melalui satu alat yang dinamakan Zilfon Preda. Ia adalah alat yang terhasil daripada ideanya sendiri. Namun, tiada pekerja dari syarikatnya yang sukarela dijadikan bahan ujikaji melalui alat tersebut walaupun ganjaran yang akan diberikan sangat lumayan.
 
"Korang semua pengecut! Aku akan pastikan projek ini berjaya dan nama aku akan terkenal di seluruh dunia."
 
"Tuan, janganlah buat keputusan terburu-buru. Saya bimbang kalau tuan tak dapat kembali ke sini."
 
"Kau diam, Mora. Ini urusan aku. Kau hanya seorang pembantu. Sia-sia syarikat ini habis jutaan ringgit untuk membina Zilfon Preda kalau kita tak gunakannya untuk masa depan. Kita akan kaya, Mora. Kita akan kaya!"
 
"Tak cukup lagi ke dengan kekayaan yang tuan ada? Lagipun, ia sangat bahaya, tuan. Bahaya. Jangan ikutkan hati."
 
Tiada pilihan kerana inginkan kejayaan hasil daripada ideanya, Delmon dengan sukarela telah menawarkan diri. Namun, malang telah menimpanya.
 
Ketika tiba di planet Indigo Flora, dia telah terperangkap dengan peraturan di planet itu. Jika dia mahu kembali ke bumi, dia perlu bekerja seperti penduduk Indigo Flora yang ada ketikanya turun ke bumi untuk membantu manusia yang menghadapi kesusahan dan penderitaan. 
 
Seperti satu sumpahan, fizikalnya akan berubah menjadi sebatang penyapu apabila dia turun ke bumi untuk melakukan tugas. Dia juga perlu jatuh cinta dengan seikhlas hati jika mahu kembali ke bentuk asal sebagai manusia secara kekal. Jika dia gagal, selama-lamanya dia akan berubah menjadi sebatang penyapu dan manusia dalam satu-satu masa. Itulah peraturan yang ditetapkan untuknya dan dia tak boleh mengelak. 
 
Mendapat satu isyarat yang dia perlu turun ke bumi untuk membantu seorang gadis, dengan gembira Delmon menerima tugas itu dan berharap dia akan jatuh cinta dengan gadis tersebut untuk dia kekal menjadi manusia dan kembali hidup di bumi seperti sebelumnya.
 
Katrina, seorang gadis yatim piatu yang sering dibuli dan didera oleh ibu tirinya telah dikejutkan dengan satu kejadian aneh.
 
Selepas dia dibelasah dengan teruk oleh ibu tirinya, penyapu yang dia beli di kedai runcit kawannya tiba-tiba bertukar menjadi manusia.
 
"Apa yang awak cari?"
 
"Ka... ka... kamera." 
 
"Kamera apa?"
 
"Awak semua nak kenakan saya, kan?"
 
"Kenakan awak?"
 
"Yelah! Awak ni mesti artis dalam mana-mana rancangan prank."
 
"Rancangan prank?"
 
"Eiii dia ni... buat-buat tanya pulak."
 
"Jangan biadab."
 
"Aik? Awak kata saya biadab? Awak dan team awak yang ceroboh rumah saya, awak kata saya yang biadab?"
 
"Saya datang sorang-sorang. Tak ada sesiapa dengan saya."
 
"Helleh... macamlah saya nak percaya."
 
"Percaya atau tak, terpulang. Saya diarahkan turun ke bumi untuk membantu dan melindungi awak dari kekejaman ibu tiri."
 
"Awak merepek apa ni? Cerita karut apa yang awak cuba beritahu saya? Awak diarahkan turun ke bumi? Adoi... awak ni lebih dongeng dari cerita dongeng dalam tv."
 
Kehadiran Delmon bukan menyenangkan kehidupan Katrina, malah lebih menyusahkan apabila katrina sentiasa bimbang jika kewujudan Delmon diketahui orang lain terutama sekali ibu tirinya. 
 
Apatah lagi 'tempat tinggal' Delmon adalah di dalam almari baju di dalam bilik tidurnya jika lelaki itu terpaksa bertukar menjadi batang penyapu. Kadang-kadang jika Delmon tidak selesa berada di dalam almari baju, dia akan menjelma jadi manusia dan tidur di atas katil. 
 
Hal itu membuatkan Katrina berasa janggal kerana terpaksa berkongsi katil dengan Delmon. Lebih buat dia berasa tidak selesa apabila hatinya sudah terpaut dengan kekacakan lelaki itu.