Sayangku Moon

Sayangku Moon

RM 22.00

ISBN:

9786297509044

Categories:

Romance

File Size

1.30 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (1)

Synopsis

Moon - Demi cinta yang penuh di dada, aku sanggup melakukan apa sahaja. Aku nekad untuk berjaya. Aku mahu diriku disanjungi, dihargai dan disayangi. Jangan pernah menjentik hatiku untuk tidak setia. Akulah panglima cinta yang terunggul di dunia. Aku berkorban apa sahaja kerana dia.

“Honey paling takut kehilangan abang. Kalaulah ditakdirkan nanti nyawa kita diambil Allah, Honey rela Allah ambil Honey dulu.”

 

Ilham - Sumpah, aku cintakan dia dan tidak ada galang gantinya. Bukan rupa jadi ukuran kesetiaan. Bukan saiz badan alasan untuk mencurangi. Cinta itu kejap tersemat di dada dan tidak berganjak dari istananya. Meskipun ombak mengganas menghantar badai merempuh tugu cinta, akanku pertahankan sehingga ke hujung nyawa.

“Abang cintakan Honey setulus hati. Walaupun datang bidadari dari langit sekalipun, Honeylah cinta hati abang dunia dan akhirat.” 

 

Jiman - Kalah bukan bermakna tidak cinta. Cinta bukan bermakna memiliki hati dan jasadnya. Cinta itu adalah suatu pengorbanan sehingga ke hujung nyawa. Demi cinta, aku mengalah. Demi cinta, aku berubah. Demi cinta, aku relakan dengan susulan doa. Hinggalah aku faham erti cinta sebenar dari-NYA.

“Sekarang ni baru aku tahu, betapa baiknya Allah terhadap hamba-NYA. Bila aku utamakan DIA, maka DIA pun bagi rezeki yang banyak kepada aku.”