Cornflake Madu Untuk Sayang

Cornflake Madu Untuk Sayang

RM 15.00

ISBN:

978-629-96950-2-8

Categories:

General Novel

File Size

0.26 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2023
Favorite (3)

Synopsis

Menjadi second wife kepada Arif Aiman adalah sesuatu yang sangat mencabar. Dek tidak mahu terpalit malu, Nia Syarmila nekad menjadi isteri rahsia kepada lelaki kacak bertubuh tegap ala-ala Mr. Romeo Universiti Malaya itu. Namun begitu, cabaran Nia Syarmila tidak terhenti di situ. Dia dibenci pula oleh manusia di kiri dan kanannya. Nia Syarmila tersepit di tengah-tengah antara ahli keluarga Arif Aiman. Di kanannya Kak Seha iaitu isteri yang dinikahi Arif Aiman tanpa cinta. Wanita yang selalu mahu lebih akan segala-galanya. Manakala di kirinya pula adalah mama dan papa Arif Aiman yang melayannya umpama kucing merempat. Kerap kali kepulangan Nia Syarmila ke rumah mereka tidak menarik perhatian kedua-dua orang tua itu. Segalanya adalah Kak Seha! Menantu pilihan mereka. Wanita yang sentiasa mencipta mimpi-mimpi buruk dalam kamus hidup Nia Syarmila. Sekeping hati Nia Syarmila terasa sedih. Dia semakin lemas dan jelak dalam layanan demi layanan mereka yang terpaksa dilaluinya. Mujurlah, huluran cinta Arif Aiman untuknya sentiasa cerah menyinar. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Nia Syarmila redha. Dia percaya, hati manusia itu Allah Taala yang pegang. Sepahit-pahit hempedu itu pasti ada kebaikannya yang menyusul kelak.