Crush Atau Kawan

Crush Atau Kawan

RM 25.00

ISBN:

978-967-406-298-9

Categories:

Romance

File Size

7.68 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Kemalangan yang meragut nyawa bapa Fira telah merubah hubungan akrab Fakhrul dan dirinya. Akibatnya, Fira tidak lagi menyenangi sahabat sepermainannya itu. Dia anggap Fakhrul tak lebih macam kacang hantu. Bersekolah di sekolah asrama penuh yang sama, Fakhrul tekad untuk melindungi sahabat sepermainannya walaupun Fira begitu dingin dengannya. “Nak tau something? Saya bukan tong sampah!” – FIRA “Tak boleh ke, sekali aja, kau terima niat baik aku? –FAKHRUL Hati Fira bukanlah keras mana dengan makhluk bernama lelaki. Dia cuma menyampah dengan si Fakhrul sahaja. Dalam diam, dia CRUSH kepada Ketua Pengawas sekolah (KP), Fateh Izhan. ‘Orang bijak, genius macam dia, manalah padan dengan low-scorer macam aku. Tapi, aku boleh cuba kurangkan gap tu. Usaha…Then, he’ll notice me someday. Dia kenal aku pun cukuplah’. –FIRA Satu kejadian menyayat hati merubah happy go-lucky Fira. Pemergian ibu dan abang tercinta membuat Fira hampir putus asa untuk terus belajar. Tetapi, selepas hujan ada pelangi. Dia diambil menjadi anak angkat kepada ibu CRUSHnya, Umi Izzah. Tidak punyai sesiapa lagi, Fira ditunangkan secara rahsia dengan Fateh. “Insya Allah, I’ll accept you whoever you are.” –FATEH IZHAN Namun, permintaan Fakhrul buat Fira tergamam. “Tunggu aku…Untuk lima tahun lagi…Bolehkan?” –FAKHRUL Macam mana Fakhrul boleh terfikir hingga ke arah itu? Padanya, mereka cuma berkawan! Hati Fira sedikit pun tidak tergugat. Dia sudah menjadi tunangan orang. Kenapa perlu berfikir tentang lelaki lain? Fira tegas dengan pendiriannya, Fakhrul cuma KAWAN dan Fateh pula CRUSH. Antara CRUSH atau KAWAN, mana satu yang ditakdirkan menjadi jodoh? Hebatnya takdir itu, kalau memang bukan jodoh, buatlah apapun, tak akan jadi jodoh!