Sistem Penglihatan Komputer:PengukuranIsipadu Produk Secara Kaedah Monte Carlo

Sistem Penglihatan Komputer:PengukuranIsipadu Produk Secara Kaedah Monte Carlo

RM 20.00

ISBN:

978-967-251-890-7

Categories:

General Academics

File Size

5.44 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (1)

Synopsis

Kaedah Monte Carlo (KMC) ialah suatu kaedah berangka untuk menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan simulasi pemboleh ubah rawak. Nama Monte Carlo diambil daripada nama bandar di kerajaan Monaco yang terkenal dengan kasinonya. Ini kerana, satu daripada peranti mekanikal yang paling mudah untuk menjana nombor rawak ialah roda rolet yang ada di dalam kasino tersebut. KMC pada hakikatnya merupakan penganggaran yang efektif berbanding dengan kaedah berketentuan apabila digunakan untuk menyelesaikan masalah pelbagai dimensi. Pada pengukuran isipadu produk makanan berbentuk tak sekata, KMC boleh digunakan pada Sistem Penglihatan Komputer (SPK) tiga dimensi (3D) untuk menganggar isipadu. KMC menggunakan titik-titik rawak yang dijana dalam kotak pembatas objek yang diukur isipadunya. Kaedah ini hanya memerlukan maklumat mengenai sama ada titik rawak jatuh di dalam atau di luar objek dan tidak memerlukan pembinaan semula 3D. Bagi memperoleh maklumat tersebut, lima buah imej objek ditangkap dari lima sudut pandang yang berbeza menggunakan kamera yang telah ditentukur sebelumnya. Walau bagaimanapun, kaedah ini akan memberikan hasil pengukuran isipadu yang lebih besar daripada isipadu sebenar disebabkan oleh titik pandangan yang terhad. Oleh itu, beberapa pelarasan diperlukan dalam KMC. Amaun pelarasan pengukuran pada KMC bergantung kepada bentuk objek yang diukur. Untuk mengurangkan ralat pengukuran di dalam sistem ini, nilai pelarasan pengukuran perlu ditentukan secara automatik. Oleh itu, SPK perlu mengecam objek yang diukur terlebih dahulu sebelum melakukan pelarasan pengukuran. Gabungan perceptron multi-aras dan model linear berasas penapis Kalman digunakan untuk mengecam objek yang diukur isipadunya bagi menentukan amaun pelarasan secara automatik.