Pemeribumian Sains Era Abbasi

Pemeribumian Sains Era Abbasi

RM 30.00

ISBN:

978-967-251-898-3

Categories:

General Academics

File Size

1.58 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Pemeribumian sains merujuk kepada proses untuk mengintegrasikan sains dengan budaya sesuatu bangsa atau negara. Falsafah di sebalik pemeribumian sains ini ialah menjikan sains sebagai sebahagian daripada unsur semulajadi bagi sesuatu budaya bangsa. Dalam buku ini, perbahasan berkaitan pemeribumian sains difokuskan kepada satu era dalam tamadun Islam iaitu era pemerintahan Abbasi Sesuai dengan definisinya, pemeribumian sains membabitkan tiga elemen utama iaitu pemindahan sains, penggalian semula khazanah lama sains dan penghasilan karya asli dalam bahasa sendiri. Elemen pemindahan sains merujuk kepada proses memindahkan sains daripada tamadun lain kepada tamadun Islam. Ini dibuktikan menerusi aktiviti penterjemahan karya daripada pelbagal tamadun termasuk Greek India dan Parsi ke bahasa Arab, Aktiviti ini melibatkan ramai sarjana merentas etnik dan agama. Kehebatan mereka dalam menguasal pelbagai bahasa termasuk Greek. Arab, Hindu, Parsi, Sanskit dan Pahlavi memudahkan lagi usaha penterjemahan. Selain itu, elemen penggalian semula khazanah lama sains pula membabitkan pengkajian dan penelitian semula ke atas karya yang telah diterjemahkan. Pada peringkat ini sarjana tamadun Islam mula menyelitkan komentar mereka ke atas teori dan maklumat yang ditemui daripada tamadun lain. Proses ini membawa kepada perkembangan ilma termasuk pengenalan teori baharu dan penghasilan karya asi dalam bahasa Arab. Setiap orang sarjana tidak hanya menghasilkan satu karya sahaja. Sebaliknya, seorang sarjana menghasilkan banyak karya dalam setiap bidang yang dikuasal. Penghasilan karya asli dalam bahasa Arab ini menjadi bukti penting ketinggian tamadun Islam pada ketika itu. Meskipun pada peringkat awal tamadun Islam mewarisi ilmu daripada tamadun lain, mereka tidak menerima bulat-bulat ilmu tersebut. Malah, penggalian semula ka atas khazanah ilmu tersebut berserta aplikasi konsep al-tadabbur, al-ibar dan al-tibyan berjaya membentuk produk yang mempunyai tradisi dan watak tersendiri.