Pelaksanaan Hibah dalam Kes-kes Mardh Al-Mawt COVID-19 dalam Kalangan orang Islam di Malaysia

Pelaksanaan Hibah dalam Kes-kes Mardh Al-Mawt COVID-19 dalam Kalangan orang Islam di Malaysia

RM 30.99

ISBN:

978-629-7534-14-5

Categories:

General Academics
Religion
Islam

File Size

3.85 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

COVID-19 atau dikenali juga sebagai Coronavirus yang melanda hari ini telah menggegarkan dunia dan amat tragis pada abad ini. COVID-19 merupakan satu virus berbahaya dan dianggap misteri pada awalnya. Kini COVID-19 telah dijangkiti oleh jutaan manusia dan meragut jutaan nyawa di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. COVID-19 telah memberi impak besar kepada umat manusia bukan setakat sektor ekonomi, politik dan seumpamanya, bahkan memberi kesan terhadap hukum hibah yang dibuat oleh seseorang yang dijangkiti virus ini. Persoalan yang telah berlegar di pemikiran, adakah pihak yang dijangkiti COVID-19 boleh dikategorikan sebagai penyakit mardh al-mawt sehingga memberi kesan kepada hukum hibah yang dibuat. Hibah merupakan pemberian oleh pihak penghibah yang secara sukarela melepaskan hak pemilikan hartanya atau memindah milik harta kepada orang lain semasa hayatnya. Hibah yang dibuat oleh penghibah dalam keadaan mardh al-mawt sama ada secara lisan atau berdokumen banyak dibincangkan oleh para ulama dan turut berlaku perselisihan dalam kalangan mereka. Buku ini akan membincangkan konsep hibah, COVID-19 dan syarat-syarat mereka dijangkiti COVID-19 yang boleh dikategorikan sebagai mardh al-mawt. Semoga buku ini memberi pemahaman umum mengenai hukum hibah yang dibuat oleh mereka yang dijangkiti COVID-19 di tahap mardh al-mawt.