Pengguna dan Kepenggunaan: Perspektif Penyelidikan

Pengguna dan Kepenggunaan: Perspektif Penyelidikan

RM 29.00

ISBN:

978-967-0035-61-1

Categories:

General Academics

File Size

2.52 MB

Format

epub

Language

English

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Buku Pengguna dan Kepenggunaan: Perspektif Penyelidikan ini merupakan himpunan perbincangan yang dibuat berdasarkan beberapa hasil kajian dalam bidang kepenggunaan yang menjurus kepada kumpulan pengguna tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Buku ini bertujuan menjadi sumber rujukan dalam bidang kepenggunaan kepada penyelidik, pelajar dan semua lapisan masyarakat dalam bidang pengguna dan bidang-bidang lain berkaitan dengan kepenggunaan. Secara umumnya, pengguna merujuk kepada individu yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semula jadi untuk kepuasan hidup manakala kepenggunaan pula menjurus kepada kecenderungan untuk memperoleh, mengguna pakai atau mengumpulkan barang dan perkhidmatan. Pada masa kini, konsep kepenggunaan sering dikaitkan dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik yang berkaitan dengan pengguna, manakala penyelidikan berkaitan kepenggunaan sering dijalankan bagi mengenal pasti tingkah laku pengguna di pasaran. Penyelidikan berkaitan kepenggunaan dari aspek penggunaan dan pengurusan pelupusan, kesihatan kewangan pengguna dan isi rumah, pembelian produk halal, keterlibatan pengguna dalam ekonomi Gig dan literasi undang-undang dibincangkan di dalam buku ini. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada sekuriti dan perbelanjaan makanan golongan rentan, tahap keselamatan pemandu e-hailing dan tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan pelancongan.