Pendekatan Persuasif Tugasan Makmal Pengaturcaraan Berorientasi Objek

Pendekatan Persuasif Tugasan Makmal Pengaturcaraan Berorientasi Objek

RM 21.00

ISBN:

978-629-7547-03-9

Categories:

General Academics

File Size

8.29 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (1)

Synopsis

Satu kaedah untuk menilai kefahaman pelajar dalam pembelajaran pengaturcaraan berorientasi objek (OOP) adalah melalui tugasan pengaturcaraan yang biasanya dijalankan semasa sesi makmal. Walaupun banyak contoh dan latihan dibincangkan semasa kuliah, pelajar masih mempunyai masalah untuk menulis kod atur cara secara individu. Secara tradisional, tugasan makmal OOP yang diberikan kepada pelajar adalah dalam bentuk huraian berasaskan masalah. Masalah biasanya dihuraikan seperti dalam buku teks tanpa sebarang bimbingan untuk membantu pelajar menyelesaikannya. Pelajar sering dibelenggu tekanan, tidak pasti bagaimana untuk bermula dan terkapai-kapai tanpa tujuan apabila diminta menulis atur cara lengkap. Buku ini memberi idea kepada pengajar kursus pengaturcaraan merancang dan melaksana konsep persuasif dalam penyediaan tugasan makmal pengaturcaraan berorientasi objek yang bersifat hands-on dan seresam minat pelajar. Buku ini memperihal perlaksanaan pendekatan persuasif untuk tugasan makmal bagi kursus pengaturcaraan berorientasi objek daripada pembangunan rangka kerja persuasif yang telah dibuat di Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.